Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERLU AMBIL KIRA 6 KRITERIA WHO SEBELUM BEBAS PKP DI ZON HIJAU

Pasti semua tak sabar untuk dengar PKP ditamatkan? mana tidaknya sudah lama tidak keluar rumah, anak-anak juga pasti rindu untuk bermain bersama rakan-rakan. Ditambah pula hendak menyambut bulan syawal yang bakal tiba bersama keluarga tercinta. Sebelum PKP ini tamat, kita harus bekerjasama dengan mematuhi saranan kerajaan selepas tamatnya PKP agar tidak terjadi lagi penyebaran wabak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dipenuhi sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di zon hijau.

Isi Kandungan

Kriteria PKP

Kriteria

“Kita perlu memastikan SOP siap dan boleh dipatuhi. Setakat ini, ia masih belum siap dan mungkin mengambil masa seminggu untuk melihat SOP itu.

“Jika sudah sedia dan KKM berpuas hati, mungkin kita dapat laksanakan (menamatkan PKP).

“Namun setakat ini, belum ada keputusan lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM akan menamatkan PKP di zon hijau.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, antara enam kriteria itu ialah :

Kawalan keselamatan

“Langkah pertama ialah kawalan sempadan untuk mengawal kemasukan kes import. Kalau tiada kawalan sempadan kes import boleh membawa virus (Covid-19) ke negara kita.

Kawalan pergerakan

“Kedua ialah kawalan pergerakan di mana kita nak kurangkan kebolehjangkitan. Sekarang ini kita ada 2,041 kes kebolehjangkitan dan itu tinggi. “Kita kena sekat virus menjangkiti orang ramai. Walaupun kita ada kes positif tetapi mereka diasingkan di hospital dan tak menjangkiti orang lain,”

Selain itu,Kemampuan sistem kesihatan,Kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, Mengamalkan norma baharu dan Kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Berdasarkan rekod, dua daerah di Semenanjung iaitu Hulu Terengganu,Terengganu dan Machang, Kelantan mencatatkan sifar kes positif wabak koronavirus (Covid-19).

Justeru, jika rakyat mahu PKP ditamatkan, semua haruslah bekerjasama dan bersedia menghadapi norma baharu dalam kehidupan seharian.

sumber : Sinar harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More