Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kurma Butter Viral; 5 Fakta Menarik

Kurma butter tiba-tiba menjadi viral sejak bulan Ramadn tahun 2024 ini. Sebiji kurma, dibelah dua dan dibuang biji, kemudian gantikan tempat biji dengan seketul kecil butter dan makan bersama. Katanya sedap sebab gabungan manis kurma dan masin serta lemak butter itu menaikkan lagi rasa hidangan tersebut.

kurma butter
Kurma Butter Viral; 5 Fakta Menarik 7

Disebabkan makanan viral ini, apa kata kita tengok 5 fakta menarik tentang hidangan viral ini dari pelbagai sudut termasuk agama dan kesihatan.

5 Fakta Menarik Tentang Kurma Butter

  • Campuran kurma butter ini tinggi kandungan Kalori.

Menurut Prof Dr Imelda Balchin menerusi hantaran di laman facebook rasmi miliknya, 2 biji kurma dengan satu sudu butter tu kalorinya macam satu cawan nasi. Tulis Dr Imelda lagi, makanan ini tidak berapa sesuai dengan masyarakat negara kita yang agak ‘mewah’ dengan makanan. Tulisan beliau seperti berikut:

Tetapi kalau anda duduk je buat kerja online, exercise pun tidak, selepas telan kurma + butter anda nak juga minum sirap bandung, nak telan kek viral, nak makan murtabak Ramadan bazaar, nak makan nasi beriani ayam madu (yang selalunya madu fake yang ditambah gula), bukankah itu resipi obesiti?

kurma butter
Dr Imelda Balchin

Lainlah untuk orang yang rajin bersukan seperti marathon runners, weightlifting, footballers. Mereka nak makan kurma butter pun boleh sebab kalori itu akan dibakar dan digunakan.

Anda buat aktiviti apa dan apakah makanan lain yang anda makan? Saya percaya Rasulullah s.a.w tak makan processed food, tak makan kek viral, tak minum teh tarik dengan susu pekat manis, tak telan kurma banyak-banyak sampai nak campur kurma di dalam jus campuran merapu.

Bukan hanya Rasululllah s.a.w. makan real food, baginda tak makan sampai kenyang, jadi ada calorie control dan tak makan sampai obese.

Tengoklah apakah keseluruhan kalori yang anda makan tu dan tengoklah banyak mana kalori keperluan anda dari aktiviti anda dulu, sebelum anda sendiri tanya diri sendiri elok ke tak elok untuk anda?

Kalau nak buka puasa makan kurma + butter, kurangkan makanan tinggi kalori yang lain, janganlah lepas tu pi makan kat Ramadan buffet pula kaaann. Apa-apa pun anda nak makan, pandai-pandailah fikirkan apakah keperluan kalori anda.

Sekian, terima kasih.

  • Kurma butter jika diambil berlebihan boleh menjadi risiko penyakit jantung

Pandangan ini dikongsi oleh Public Health Malaysia kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.

Jelasnya lagi, mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter = sesenduk nasi. Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.

kurma butter
Kurma Butter Viral; 5 Fakta Menarik 8
  • Elok dimakan sahur dan tidak digalakkan makan ketika berbuka

Pandangan pakar dietetik, Nur Aiman Taslim berkata, kurma yang dicampur mentega boleh dimakan ketika bersahur, namun tidak digalakkan diambil secara berlebihan.

Nur Aiman berkata, memadai untuk makan tiga hingga empat biji kurma dengan satu sudu teh kecil (mentega) sahaja bagi setiap biji kurma yang dimakan.

“Ia akan bekalkan sebanyak 224 kalori dengan pecahan anggaran 70 hingga 80 kalori untuk empat biji kurma dan 110 hingga 145 kalori untuk empat sudu teh mentega.

“Namun begitu, pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan aras kolesterol jahat meningkat dan secara tidak langsung meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular,” jelasnya.

Nur Aiman berkata, sekiranya hendak bersahur dengan makanan yang ringkas dan padat dengan kalori untuk berpuasa, tidak menjadi masalah untuk menjamah kurma dengan mentega dalam kuantiti tidak berlebihan.

“Namun, ketika berbuka puasa, memadai memakan buah kurma sahaja tanpa perlu ada mentega memandangkan lauk-lauk dan juadah lain sudah mengandungi sumber kalori yang cukup.”

  • Kurma butter kesukaan Rasulullah saw

Dari perkongsian mantan Mufti Wilayah Perksekutuan, Dr Zulkifli Al Bakri, makanan viral sekarang ini adalah makanan kesukaan Rasulullah saw. Menurut yang dikongsi beliau,

“Sedap ke kurma campur mentega (butter)? Ah, peliklah orang Melayu ni!”

Sabar.

Tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW! 🫨😱🤯

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»

“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

  • Perlu guna butter bukan marjerin

Mentega ini dari hasil tenusu manakala marjerin dari minyak sawit atau tumbuhan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More