Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan mulai 3 November hingga 17 November 2023.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ingin mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 (Tabika / Taska) Kemas 

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), iaitu kategori kanak-kanak 2 – 4 Tahun.
  2. Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), iaitu kategori kanak-kanak 4 – 6 Tahun.

Maklumat Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

  • Tempat: Institut / Pusat Latihan KEMAS.
  • Tempoh: Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan.

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS.

Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Syarat Kelayakan Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

Cara Membuat Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

  • Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 dibuka bermula 3 November 2023 (Jumaat) hingga 17 November 2023 (Jumaat).
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut

>>>Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024<<<

  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
  • Sila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan online seperti berikut:

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 ini, anda boleh merujuk Manual Pengguna Awam KIS KEMAS dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03 – 8891 2682 atau diajukan melalui saluran-saluran berikut:

Diharapkan info terkini tentang Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua terutamanya bagi mereka yang memerlukan tawaran ini di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More