Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Kumpulan hacker dari Malaysia sering kali dianggap wira tak didendang menerusi aktiviti godaman yang dijalankan. Berjaya menggodam beberapa laman web negara lain dengan menggunakan #opsbedil dan #opsisrael selepas menerima ancaman atau sebagai tanda solidariti sekaligus menunjukkan kehebatan kumpulan hacker dari Malaysia ini.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Terbaharu, sebagai tanda sokongan terhadap Palestin yang sedang diancam, kumpulan hacker dari Malaysia terdiri daripada AnonGhost, DragonForce Malaysia dan beberapa lagi pasukan lain dilaporkan telah bersatu tenaga dalam melumpuhkan sistem pengkalan data Israel.

Menerusi operasi yang dijalankan secara mengejut, difahamkan lebih 120 laman web Israel telah digodam. Kejayaan menggodam laman web pengkalan data Israel turut dikongsi di Facebook sebagai bukti walau bagaimanapun pihak DragonForce memaklumkan status mereka telah diturunkan oleh pihak Facebook.

Pengumuman yang dibuat menerusi status terbaru ini turut memuatkan senarai laman web Israel yang digodam. Lebih hebat, pihak DragonForce memaklumkan masih terdapat laman web lain yang digodam dan tidak dipamerkan kepada umum setakat ini.

Kejayaan hacker dari Malaysia yang muncul sebagai wira ini nampaknya turut mendapat perhatian orang ramai serta negara jiran iaitu Indonesia. Menerusi info terbaru, hacker dari Indonesia juga bakal turut serta menyerang Israel menerusi serangan siber yang dinamakan sebagai #OpsGanyang.

 

Misi #OpsBedil kumpulan hacker dari Malaysia diteruskan lagi di mana 4 juta data peribadi Rakyat Israel telah dibocorkan di Facebook melibatkan nama, nombor telefon, alamat dan Link ID Facebook.

Serangan dan kejayaan #opsbedil dan #opisrael dari Malaysia sekaligus membuatkan orang ramai kagum dengan kemampuan kumpulan ini. Buat anda yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut senarai laman web yang digodam kumpulan hacker dari Malaysia, anda boleh klik di sini.

Artikel lain: 6 Sebab Mengapa Briged Al Qassam Perlu Ditakuti Oleh Israel

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More