Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lanjutan Diskaun Bil Elektrik Sehingga 31 Disember 2023

Lanjutan Diskaun Bil Elektrik akan diteruskan untuk pengguna domestik, peniaga komersial kecil dan peniaga industri kecil selama enam bulan pada tahun ini, dari 1 Julai hingga 31 Disember 2023.

Kini kerajaan Sarawak telah membuat Lanjutan Diskaun Bil Elektrik sebanyak 25 peratus sehingga 31 Disember 2023 untuk semua penduduk di negeri tersebut.

Isi Kandungan

Lanjutan Diskaun Bil Elektrik Sehingga 31 Disember Ini

Diskaun bil elektrik bulanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang diberikan kerajaan Sarawak sejak 1 April 2020 dan sepatutnya tamat 30 Jun lepas diteruskan sehingga 31 Disember ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan melanjutkan tempoh pemberian diskaun itu bagi membolehkan pengguna domestik menikmati potongan 25 peratus daripada jumlah bil mereka sementara peniaga dan pengusaha industri kecil masing-masing menerima diskaun 15 dan 10 peratus.

“Bantuan khas diskaun bil elektrik ini akan memberi manfaat kepada 700,000 pengguna di seluruh Sarawak,” katanya kepada sidang media pada 9 Oktober, baru-baru ini.

Menurutnya, pemberian diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri yang dianggarkan berjumlah RM203.7 juta iaitu RM123 juta untuk pengguna domestik dan RM80.7 juta untuk peniaga dan pengusaha industri kecil.

Sebelum itu sebanyak RM1.15 bilion telah dibelanjakan untuk inisiatif ini bagi tempoh 1 April 2020 hingga 30 Jun lepas.

“Pasukan petugas khas Sarawak Energy Berhad (SEB) akan membuat penyelarasan dan pengiraan bil sewajarnya agar pelanggan dapat menerima diskaun mereka bermula dari Julai tahun ini,” katanya.

Julaihi berkata peniaga kecil seperti bengkel, kedai kopi, rumah kedai, restoran dan gerai penjaja pula boleh memohon diskaun bil bulanan mereka dengan mengemukakan permohonan kepada SEB sehingga 31 Disember ini.

Menurutnya, kelayakan diskaun ini adalah bergantung kepada penggunaan elektrik tidak melebihi 3,000 kilowat jam (kWj) untuk tempoh daripada 1 Julai hingga 31 Disember 2023 dan terhad kepada pengguna kategori peniaga kecil biasa dan industri biasa.

Beliau berkata pelanggan yang menerima bil elektrik berdasarkan anggaran boleh menghubungi SEB untuk membuat penyelarasan bil dengan mengemukakan gambar bil anggaran dan bacaan meter sebenar.

Lanjutan Diskaun Bil Elektrik

Keputusan kerajaan Sarawak untuk meneruskan pemberian diskaun bil elektrik ini adalah satu kelegaan yang dialu-alukan bagi pengguna terutama mereka yang bergelut dari segi kewangan.

Diskaun ini akan membantu mengurangkan kos sara hidup isi rumah dan perniagaan rakyat Sarawak.

Kredit Sumber: Astro AWANI

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Lanjutan Diskaun Bil Elektrik ini atau permohonan penyelarasan boleh dilakukan melalui

  • fungsi ‘Make a Report’ di aplikasi SEB Cares,
  • Khidmat Pelanggan SEB di talian 1300-88-3111,
  • e-mel kepada [email protected]
  • atau berkunjung terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan SEB.

Diharapkan info terkini tentang Lanjutan Diskaun Bil Elektrik ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua penduduk di negeri Sarawak.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More