Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Latihan Kemahiran Percuma dan Elaun Untuk B40

Isi Kandungan

Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini membuka iklan kemasukan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran yang diiktiraf. Terdapat sebanyak 5 kursus ditawarkan kepada para pelajar. Pemohon yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung dengan dana zakat, di mana keutamaan adalah kepada anak-anak keluarga asnaf dan B40.

Program-program di IKB dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Komponen Pengajian

  1. Subjek Kursus (Teras)
    • Kurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) JPK, Modul CIDB dan ST.
  2. Subjek Pengajian Umum
    • Keusahawanan
    • Aplikasi Komputer
    • Pengajian Agama Islam
  1. Ko-Kurikulum (Briged Bomba & Penyelamat IKB)
  2. Latihan Kerja Industri (LKI)

Kursus Latihan Yang Ditawarkan & Syarat-syarat Pengambilan

Terdapat 5 kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2021 dan syaratnya adalah seperti berikut:

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 serta Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga dengan Endorsan Pengujian (PW4) Suruhanjaya Tenaga.

  • Syarat Pengambilan
    • Warganegara Malaysia
    • Terbuka kepada Lelaki dan Wanita
    • Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik
    • Berumur 18 –35 tahun
    • Sihat tubuh badan
    • Boleh menulis, membaca dan mengira
    • Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan
    • Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi kursus yang ditawarkan
    • Lulus ujian temuduga
  • Syarat Khas
    • Tidak buta warna
    • Sijil SPM LULUS dalam
      • Bahasa Melayu
      • Matematik/Matematik Tambahan
      • Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan
      • Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Prinsip Elektrik & Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektronik/Teknologi Elektrik/ Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri & Elektrik.
    • Bagi calon Sijil Vokasional Malaysia dengan
      • Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33
      • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
      • PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
      • kompeten semua modul vokasional

PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

Penyediaan dan Pembuatan Makanan – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3

REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

Jahitan Pakaian Lelaki – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Penyelian dan Jahitan Pakaian Lelaki – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Pembuatan Pakaian Wanita – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3

TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

latihan

KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LATIHAN KEMAHIRAN

TEORI 30%

  • Tutorial
    • Kelas perbincangan yang dibuat bagi mempraktikkan pengajaran sebelumnya.
  • e-Pembelajaran
    • Proses pembelajaran menggunakan sistem teknologi bagi meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran.
  • Activity Based Learning
    • Proses pembelajaran melalui aktiviti penyelesaian masalah untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran.

AMALI 70%

  • Work Based Learning
    • Pembelajaran melalui situasi kerja sebenar seperti latihan kerja industri..
  • e-Pembelajaran
    • Penilaian yang dibuat berdasarkan aktiviti mengikut kompetensi yang ditetapkan.
  • Activity Based Learning
    • Penilaian berdasarkan tugasan dan hasil kerja individu atau berkumpulan.

Keistimewaan Untuk Pelatih Di Institut Kemahiran Baitulmal

  • Yuran pengajian percuma
  • Penginapan dan makan minum disediakan
  • Elaun bulanan RM100
  • Pakaian korporat dan teknikal disediakan

Cara Permohonan

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dalam golongan B40 serta di bawah pengiraan Had Kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengikuti latihan kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kecekapan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa 3 dengan Endorsan Pengujian, Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Baitulmal bagi ambilan Julai 2021.

  1. Permohonan dibuat secara atas talian (online)
  2. Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Akhir Permohonan

  • Tarikh permohonan dibuka adalah dari 7 April 2021.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau info tentang permohonan / pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), sila layari www.maiwp.gov.my atau www.ikb-maiwp.edu.my

Artikel lain: Dana Cendana

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More