Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lelaki pedofilia miliki bahan pornografi kanak-kanak ditahan

KAJANG – Seorang lelaki pedofilia ditahan kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Semenyih di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman pada jam 6 petang.

“Lelaki itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pornografi di internet dan mempromosi pelbagai aktiviti seksual kanak-kanak melalui media sosial,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Baca Juga: MySejahtera; Semakan Ibu Ayah Yang 60 Tahun Ke Atas Yang Belum Dapat Vaksin

Mohd Zaid berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral ini kepada umum dan pihak tertentu.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Sumber Sinar Harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More