Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023 JPJ WPKL

Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023 akan diadakan pada 11 Oktober 2023 ini di Dewan Merpati, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.

Lelongan Awam Kenderaan Sita itu adalah kereta yang telah dirampas dalam beberapa operasi yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan negeri.

Orang awam yang berminat untuk membeli kenderaan lelong itu boleh mendapatkan dokumen penjualan lelong pada ketetapan dibawah.

Isi Kandungan

Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023 JPJ WPKL

Sebanyak 46 unit motosikal yang bakal dilelong pada acara Lelongan Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur siri 02/2023 pada 11 Oktober ini.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri acara itu yang akan diadakan bermula jam 9 pagi di Dewan Merpati, Jalan Genting Klang, di sini.

“Kenderaan yang disita adalah sebanyak 46 motosikal, tujuh kereta dan dua van bakal dilelong. Jualan dokumen lelong akan diadakan bermula pada 26 September hingga 10 Oktober dan dokumen lelong tidak akan dijual pada hari lelongan,” katanya dalam kenyataan Harian Metro pada 23 September baru-baru ini.

Menurutnya, orang ramai yang berminat perlu memiliki sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan Malaysia terlebih dulu bagi membida kenderaan berstatus lusuh atau ‘scrap’.

“Sijil itu hendaklah tidak tamat tempoh dan di bawah bidang 221901 (Membeli Barang Lusuh Tanpa Permit) atau 221902 (Membeli Barang Perlu Permit). Orang awam yang berhasrat membida kenderaan berkenaan boleh hadir ke sesi pemeriksaan awam yang diadakan pada 9  hingga 10 Oktober bermula 10.30 pagi hingga 3.30 petang,” katanya.

Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023

Maklumat Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023 JPJ WPKL

  • Jualan dokumen lelong akan bermula pada 26 September 2023 hingga 10 Oktober 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan (MYKAD).
  • Dokumen lelong tidak akan dijual pada hari pelelongan tersebut.
  • Pemeriksaan awam akan bermula pada 9 hingga 10 Oktober 2023 bermula jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang.
  • Jumlah kenderaan yang akan dilelong adalah seperti berikut:
    1. Motosikal sebanyak 46 unit.
    2. Kereta sebanyak 7 unit.
    3. Van sebanyak 2 unit.
  • Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023 akan berlangsung pada 11 Oktober 2023 (Rabu) di Dewan Merpati, JPJ WPKL.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2 2023 ini, sila hubungi Unit Sita JPJ WPKL di talian 03 – 4145 0842 atau di TALIAN UMUM 03 – 4145 0800.

Diharapkan info ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More