Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Leukimia – Gejala, Faktor dan Jenis

Leukimia adalah barah sel darah. Terdapat beberapa kategori sel darah yang anda boleh tahu. Ini termasuk sel darah merah (RBC), sel darah putih (WBC), dan platelet. Secara amnya, leukemia merujuk kepada barah WBC.

WBC adalah bahagian yang penting dalam sistem imun badan anda. Hal ini kerana, Sel darah putih melindungi tubuh anda daripada serangan bakteria, virus, dan kulat. Ada juga yang terdiri daripada sel-sel yang tidak normal dan bahan asing yang lain. Dalam penyakit leukemia ini, WBC tidak boleh berfungsi seperti biasa. WBC ini akan membelah bahagi dengan terlalu cepat dan akhirnya mengumpulkan sel-sel normal.

Leukimia

Gejala Leukimia

Gejala leukemia termasuk:

  • Berpeluh yang berlebihan terutama pada waktu malam
  • Keletihan dan badan masih lemah walaupun rehat secukupnya
  • Penurunan berat badan yang tidak disengajakan
  • Mudah sakit tulang
  • Nod limfa yang bengkak tetapi tidak menyakitkan (terutamanya di leher dan ketiak)
  • Pembesaran hati atau limpa
  • Bintik merah pada kulit (Petechiae)
  • Mengalami pendarahan dengan mudah
  • Mudah untuk naik kesan lebam
  • Demam menggigil
  • kerap kali kena jangkitan (sistem imunasi badan anda amat lemah)

Anda jangan pandang remeh temeh akan penyakit ini. Leukemia juga dapat menyebabkan gejala lain pada organ penting anda atau terkena sel barah. Sebagai contoh, jika barah merebak ke sistem saraf, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mual dan muntah, kekeliruan, kehilangan kawalan otot, dan kejang.

Leukemia juga boleh merebak ke bahagian lain badan anda, termasuk:

  • Paru-paru
  • Hati
  • Buah pinggang

Faktor Risiko Leukimia

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti yang boleh meningkatkan risiko anda. Antaranya adalah:

  • Sejarah keluarga leukemia
  • Gangguan genetik seperti Sindrom Down
  • Gangguan darah, seperti sindrom myelodysplastic, yang kadang-kadang disebut “preleukemia”
  • Pernah lakukan rawatan barah kemoterapi atau radiasi
  • Merokok
  • Terdedah kepada radiasi yang tinggi
  • Terdedah kepada bahan kimia

Jenis Leukimia

Permulaan leukemia boleh menjadi akut (secara tiba-tiba) atau kronik ( lambat). Dalam leukemia akut ini, sel barah akan membiak dan merebak dengan cepat. Manakala leukemia kronik pula, penyakit ini berkembang dengan perlahan dan gejala awal mungkin sangat ringan. Terdapat 4 jenis utama bagi penyakit ini:

  1. Acute lymphocytic leukimia (ALL)
  2. Acute myologenous leukimia (AML)
  3. Chronic lymphocytic leukimia (CLL)
  4. Chronic myologenous leukimia (CML)

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Leukimia – Punca, Gejala dan Jenis ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info – info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel yang menarik: Penyakit Gastrik, Penyakit Hernia, Penyakit Zika, Penyakit Sista

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More