Sumber Rujukan Globalisasi Anda

LG Tutup Perniagaan Telefon Pintar

LG Tidak Lagi Mengeluarkan Telefon Pintar dalam Perniagaannya

perniagaan

SEOUL-Syarikat elektronik Korea Selatan, LG mengumumkan akan  menutup perniagaan telefon bimbit miliknya selepas mencatat kerugian selama bertahun-tahun, lapor United Press International (UPI).

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan selepas semua pengarah urusan bersetuju untuk menghentikan pengeluaran dan penjualan telefon bimbit.

“Keputusan strategik LG untuk menarik diri daripada  sektor telefon bimbit yang cukup sengit adalah bagi membolehkan syarikat fokus kepada sektor pertumbuhan lain termasuk komponen kenderaan elektrik, rumah pintar, robotik dan kecerdasan buatan (AI),” tulis kenyataan itu.

LG berkata, pihaknya akan terus menjual stok telefon bimbit yang masih ada serta memberikan servis berbentuk sokongan dan kemas kini untuk satu tempoh bergantung kepada kawasan.

LG yang mula memasuki industri telefon bimbit lebih dua dekad lalu adalah pembuat telefon bimbit ketiga paling popular di dunia sehingga 2008, setahun sebelum pasaran bertukar sepenuhnya selepas kemunculan iPhone, lapor akhbar tempatan, Korea Herald.

Penjualan telefon bimbit LG bagaimanapun mengalami penurunan pada 2015 yang juga merupakan tahun terakhir ia mencatat keuntungan, lapor agensi berita Yonhap News.

Syarikat itu menjangka  penutupan perniagaan telefon bimbitnya akan selesai sebelum 31 Julai depan.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Permohonan BSN Micro Pemerkasa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More