Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lima Jenama Telefon Pintar Popular Di Malaysia Bagi Suku Pertama 2021

Xiaomi kini merupakan jenama telefon pintar paling laris di Malaysia menurut Canalys. Firma ini mengeluarkan laporan tersebut berdasarkan analisa mereka berkaitan pegangan pasaran pelbagai jenama telefon pintar. Xiaomi kini berjaya menambat hati 28 peratus daripada keseluruhan pengguna yang membeli telefon pintar baharu bagi suku pertama 2021. Suku pertama tahun ini juga menyaksikan jualan Xiaomi Malaysia meningkat sebanyak 319% berbanding tahun lalu.

Sekiranya dibandingkan dengan suku terakhir 2020, Vivo dilihat selesa berada di kedudukan pertama dengan pegangan sebanyak 25 peratus. Namun begitu, untuk tahun ini Vivo jatuh ke tempat kedua dengan 21 peratus pegangan.

Samsung pula memintas Oppo untuk kedudukan ketiga dengan 17 peratus pegangan pasaran, berbanding hanya 11 peratus bagi suku keempat tahun lalu. Realme kekal di tangga kelima dengan 8 peratus, kurang 3 peratus berbanding tahun lalu.

Berikut merupakan senarai penuh analisa pegangan pasaran telefon pintar oleh Canalys:

jenama smartphone

Sumber Facebook Xiaomi 

Artikel lain: Smartphone Terbaik 2021 | Senarai 12 Pilihan Yang Paling Padu!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More