Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mahukan Duit Insurans, Lelaki Tolak Isteri Hamil 7 Bulan Dari Tebing Bukit

Mahukan duit insurans, lelaki sanggup tolak isteri hamil 7 bulan. Seorang lelaki dilaporkan tergamak menolak isterinya dari tebing bukit dengan niat untuk mendapatkan wang insurans dan apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia berselfie dengan isterinya sebelum melakukan pembunuhan itu.

Lelaki berusia 40 tahun itu telah ditangkap atas tuduhan membunuh isterinya yang hamil tujuh bulan ketika mereka sedang bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla, Turki.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada bulan Jun 2018, isteri dan anaknya yang belum lahir mati serta-merta di tempat kejadian.

Pasangan itu telah bergambar bersama di tebing dan pihak pendakwa mengatakan ‘kemalangan’ itu sebenarnya adalah pembunuhan yang dilakukan oleh suspek kerana dia mahukan duit insurans isterinya itu.

Dalam satu kenyataan di mahkamah, lelaki itu merancang pembunuhan itu dengan mengambil insurans kemalangan diri bagi pihak isterinya  terlebih dahulu dengan jaminan 400,000 Lira Turki ( RM230,582) dan dia merupakan satu-satunya penerima insurans tersebut.

Pendakwa juga menjelaskan bahawa satu-satunya alasan mereka duduk di atas tebing selama tiga jam adalah kerana dia ingin memastikan bahawa tidak ada orang di sekeliling mereka.

Apabila sedar hanya mereka berdua sahaja ada di disitu, lelaki itu dengan sengaja menolak isterinya dari tebing.

Dia juga telah menuntut pembayaran insurans tidak lama selepas kejadian itu.

Walau bagaimanapun, lelaki itu mengaku tidak bersalah dan menafikan dakwaan tersebut. Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan untuk menahan reman lelaki tersebut dan siasatan masih lagi sedang dijalankan.

mahukan duit insurans

MAHUKAN DUIT INSURANS SETELAH AMBIL TIGA PINJAMAN ATAS NAMA ISTERI

Dalam satu video temubual bersama saudara mangsa, Naim Yolcu mengatakan bahawa ketika mereka sekelurga ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat isterinya, tertuduh tidak keluar dari kereta dan reaksinya seolah tiada apa yang berlaku.

“Setelah dia meninggal, kami baru tahu dia ada mengambil tiga pinjaman atas nama adik saya. Selain itu, dia takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Sementara itu, dalam soal jawab bersama mahkamah, tertuduh menafikan dia bertangungjawab atas kematian isterinya.

“Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya. Ketika saya berpatah balik, dia tidak ada di sana. Saya tidak tolak isteri saya,” katanya.

Difahamkan, Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye memutuskan tertuduh akan ditahan kerana merangcang pembunuhan isterinya dan siasatan masih diteruskan.

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan isu kerana Mahukan Duit Insurans, Lelaki Tolak Isteri Hamil Jatuh Dari Tebing Tinggi dapat memberi manfaat dan dijadikan iktibar buat kita semua. Untuk lebih banyak info dan isu-isu semasa sila layari website https://www.tcer.my/.

Terima Kasih.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More