Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Main Kutu Boleh Menyalahi Kesalahan Undang-Undang

Anda pernah main kutu? Peguam undang-undang menasihati rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan permainan kutu kerana ia boleh didakwa jika didapati bersalah.

Ini ekoran daripada krisis wabak COVID-19 yang melanda dunia dengan membawa bencana yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding krisis-krisis lain seperti perang dagangan China-Amerika Syarikat.

Dalam keadaan yang sedemikian, ramai yang mungkin terdorong untuk mencuba kepada cara mudah dan singkat dengan mengumpul wang tunai secara bermain kutu.

Akan tetapi, pengamal undang-undang menasihatkan kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati apabila bermain kutu, kerana ia boleh menyebabkan anda terjerumus melakukan kesalahan dari segi undang-undang.

undang-undang

Teeruvarasu K. Muthusamy, seorang peguam undang-undang berkata secara ringkas bahawa takrifan bermain kutu melibatkan sekumpulan kecil orang yang berpakat untuk menyumbangkan sejumlah wang yang dipersetujui dalam tempoh masa yang ditetapkan secara mingguan atau bulanan.

Seterusnya, duit itu diserahkan oleh ketua kumpulan atau ibu kutu kepada peserta, yang dijalankan secara undian.

Menurut Teeruvarasu, main kutu tradisional dalam kalangan rakan atau keluarga adalah sah mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS), tetapi ia boleh menyalahi undang-undang dalam dua situasi.

undang-undang

Isi Kandungan

MENGENAKAN YURAN KEAHLIAN MAIN KUTU MENJADI SATU KESALAHAN

Teeruvarasu juga menyatakan, menjadi satu kesalahan apabila ibu kutu mengenakan yuran keahlian daripada peserta untuk melanggan atau menyertai skim kutu. Ia juga menjadi tidak sah apabila ibu kutu itu menuntut keuntungan daripada daripada ahli yang menyumbang untuk memperkayakan dirinya.

“Senario lain yang akan menyebabkan aktiviti itu menyalahi undang-undang adalah apabila dana itu diiklankan atau dipromosikan kepada masyarakat umum,” katanya kepada Bernama.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu melanggar iaitu Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

“Akta 28 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan,” katanya.

Beliau berkata perkara berkaitan Akta 28 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebarang penyelewengan kutu boleh dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dan polis.

undang-undang

IBU KUTU DAN PESERTA BOLEH DIDAKWA

Nor Zabetha Muhammad Nor yang juga seorang lagi peguam menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri bermain kutu kerana mereka berisiko kehilangan wang atau boleh diheret ke mahkamah.

Menurut beliau, ada pelbagai cara permainan kutu yang dijalankan hari ini dan mereka juga menjalankan melalui kumpulan WhatsApp sehingga ramai yang menyertai skim ini tanpa mengetahui siapa ibu kutu itu.

“Apabila makin banyak kumpulan, dana kutu terus meningkat, simpanan makin banyak, ia jadi wang gelap dan itulah yang biasa mengubahnya menjadi satu kesalahan,” jelasnya.

Peguam jenayah terkemuka iaitu Datuk N. Sivananthan yang senada dengan Nor Zabetha, berkata sekiranya ahli membuat laporan terhadap ketua kumpulan itu, kedua-dua pihak iaitu peserta dan ibu kutu boleh didakwa.

Ujarnya lagi, secara teori pihak polis boleh mendakwa peserta kerana main kutu dan ketua kumpulan kerana mengutip (wang) serta mencuri atau menipu bergantung pada fakta.

Sumber: Berita Harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More