Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Makin ramai pesakit Covid-19 mati di rumah

Isi Kandungan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kes mangsa dibawa sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) akibat jangkitan Covid-19 semakin meningkat di negara ini.

Menerusi perkongsian KKM di Facebook hari ini, kementerian itu memberi  tiga senario yang mungkin berlaku kepada mangsa-mangsa BID.

Senario 1

Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Senario 2

Didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital.

Senario 3

Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini. Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Angka jangkitan harian Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan sejak tiga hari lalu ia sudah melepasi 7,000 kes sehari.

Makin ramai pesakit Covid-19 mati di rumah

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Info Terkini Covid 19 Di Malaysia | 28 Mei 2021 (PALING TINGGI TAHAP KRITIKAL)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More