Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MANFAAT PISANG YANG RAMAI TIDAK TAHU

MANFAAT PISANG? Pisang adalah buah-buahan yang boleh dimakan, botani berry, yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Di sesetengah negara, pisang digunakan untuk memasak boleh dipanggil plantains, berbeza dengan pisang pencuci mulut. Buah ini berubah-ubah dari segi saiz, warna dan ketegasan, tetapi biasanya panjang dan melengkung, dengan isi lembut yang kaya dengan kanji ditutup dengan kulit yang berwarna hijau, kuning, merah, ungu, atau coklat apabila masak. Buah-buahan yang tumbuh dalam kelompok tergantung dari bahagian atas tumbuhan.

Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

MANFAAT PISANG

Berikut adalah beberapa manfaat pisang kepada kesihatan tubuh.

Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat

Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

Sumber Tenaga

Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

MANFAAT PISANG YANG RAMAI TIDAK TAHU 1
MANFAAT PISANG

Menurunkan Berat Badan

Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

Mengubati Jerawat

Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid

Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

Mengubati Sembelit

Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit

Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk

Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunakan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

Meningkatkan Mood

Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

Makanlah pisang yang buahnya betul-betul masak, kerana semakin masak buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi.  Jika anda ingin mempercepat proses masaknya, maka simpan pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan kertas surat khabar.

Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwich atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat.

Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More