Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kewangan Setengah Bulan Gaji

MB Selangor Umum Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri

bantuan

Penjawat awam di Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan pemberian Bantuan Khas Kewangan itu sebagai menghargai peranan dan komitmen dimainkan penjawat awam di negeri ini.

Beliau berkata, pemberian itu melibatkan semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri termasuk Exco, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pengurusan tertinggi serta penjawat awam yang gajinya dibayar kerajaan Persekutuan.

“Pemberian ini juga dianggarkan akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta dan dibayar bermula pada 19 Mei nanti,” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam, pada Jumaat.

Selain itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga turut bersetuju inisiatif BKK itu turut membabitkan pemimpin masyarakat melibatkan Pengerusi Majlis Pengerusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB).

Beliau berkata, pemimpin Penggerak Belia Selangor (PeBS) juga akan menerima BKK sebanyak RM500 yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Setiausaha MPKK dan petugas masjid (nazir, imam, siak dan bilal) pula akan menerima sebanyak RM500 iaitu sumbangan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank Sahaja.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More