Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MEDAC Rai 150 Pelajar Miskin Bandar

MEDAC Rai dan Member Sumbangan Kepada Para Pelajar

medac

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) meraikan dan memberikan sumbangan kepada 150 pelajar daripada golongan miskin bandar pada majlis berbuka puasa yang dianjurkannya di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mereka merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan St Gabriel, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu mereka dalam memenuhi keperluan pada Ramadan seperti membeli makanan dan keperluan asas lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada majlis yang sama, MEDAC turut menyampaikan zakat UDA Cares-Enriching Life berjumlah RM70,000 kepada Pertubuhan Baitul Ehsan Al Khairi, Rumah Bakti Nur Ain, Tahfiz Ibnu Abbas, Rumah Kasih Harmoni, Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak dan Tahfiz Darul Furqan.

Wan Junaidi berkata, majlis itu juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan ukhuwah dan tali persaudaraan di antara pihak kementerian dengan agensi-agensi di bawahnya serta insan yang kurang bernasib baik.

“Bukan sahaja dapat berkumpul dalam sebuah majlis berbuka puasa, malah dapat beribadah bersama-sama sekali gus mengeratkan silaturahim.

“Bagaimanapun, dalam pada kita bergembira aspek keselamatan masih diutamakan dan pihak penganjur sentiasa memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi sepanjang majlis berbuka puasa ini berlangsung,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : 10 Panduan Berniaga Dalam Islam

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More