Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic

Menu Rahmah RM5 telah diperkenalkan oleh KPDN dengan kerjasama syarikat Mydin untuk membantu miskin tegar di negara ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Menu Rahmah di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor.

Menu Rahmah 2023
Menu Rahmah RM5

Hadir melancarkan program ini, Menteri PDN YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub serta Timbalan Menteri, YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh.

MYDIN juga turut memperkenal Menu Rahmah pada harga istimewa serendah RM4.90 bagi set makanan dan RM2.50 bagi pilihan sarapan di 28 cawangan pasar raya besar MYDIN termasuk pengendali restoran dan medan selera kami.

Komitmen membantu golongan memerlukan ini juga diteruskan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN Prihatin dengan menyalurkan 5,000 Pek Makanan Menu Rahmah kepada 5,000 pelajar-pelajar golongan B40 Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semoga kerjasama di antara kerajaan dan pemain industri dapat memberi solusi kepada peningkatan kos sara hidup yang kian mencabar untuk semua.

Isi Kandungan

Senarai Menu mengikut hari yang disedikan oleh pihak Mydin

Menu Ahad

 

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 1

Menu Isnin

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 2

 

Menu Selasa

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 3

Menu Rabu

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 4

Menu Khamis

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 5

Menu Jumaat

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 6

Menu Sabtu

Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic 7

Sumber : FB rasmi MYDIN 

 

LOKASI MENU RAHMAH

  • MYDIN
  • Kedai Makan atau Restoran yang mempunyai pelekat atau simbol Menu Rahmah RM5
  • 12,500 Kedai Mamak yang bersedia menyediakan Menu ini
  • sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)

Untuk makluman semua senarai penuh lokasi Menu Rm5 ini akan dimaklumkan oleh KPDN dalam masa terdekat.

Sumber : Youtube Laporan berita dari buletin TV3

Menurut laporan Buletin Utama T V3 lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu , bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar. Difahamkan, sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) turut terlibat.

semoga dengan adanya menu yang diperkenalkan kepada rakyat dinegara ini boleh mengurangkan beban kos sara hidup kepada mereka yang memerlukan

Kini  dengan rm4.90 anda boleh berjimat untuk makanan tenghari dan malam di Mydin pada setiap hari ekslusif di  Menu Rahmah. Hal ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat di negara ini untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More