Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Minggu Solidariti Palestin Kementerian Pendidikan Malaysia 2023

Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung bermula 29 Oktober hingga 3 November 2023 dilakukan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin.

KPM telah menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di mana setiap sekolah di seluruh negara perlu mengambil bahagian bagi menjayakan program ini.

Minggu Solidariti Palestin adalah bertujuan untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang garis panduan KPM dan contoh aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang Minggu Solidariti Palestin ini berlangsung.

Isi Kandungan

Minggu Solidariti Palestin Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

Dalam masa yang sama kemajuan teknologi media dan komunikasi pada hari ini menyebabkan murid-murid terdedah kepada pelbagai jenis kandungan termasuk yang berkaitan dengan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan. Pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid-murid berkenaan perkara ini.

Justeru, mengambil kira perkembangan situasi semasa, KPM akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023. Program ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM iaitu sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.

Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global.

Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program ini dan akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat. Aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja.

KPM sentiasa berusaha memupuk nilai kemanusiaan dan mencintai keamanan sejagat dalam kalangan murid-murid agar sentiasa cakna dan responsif terhadap isu semasa.

Minggu Solidariti Palestin

Objektif & Sasaran Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin KPM

Objektif pelaksanaanya adalah untuk

  • Menerapkan kesedaran kepada seluruh warga KPM tentang nilai kemanusiaan sejagat.
  • Menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada rakyat Palestin.

Sasarannya pula adalah kepada

  • Semua warga KPM yang berkhidmat di KPM, JPN, PPD dan sekolah seluruh negara.
  • Semua murid-murid, PIBG dan PIBKS seluruh negara.

Garis Panduan Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin KPM

KPM menegaskan bahawa garis panduan yang tepat telah ditetapkan berhubung pelaksanaan program tersebut.

Do’s Untuk Minggu Solidariti Palestin

Dont’s Untuk Minggu Solidariti Palestin

  1. Fokus Pada Kemanusiaan
    • Tekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi
  2. Dorong Pemahaman
    • Libatkan aktiviti pendidikan seperti ceramah, pameran foto, atau tayangan dokumentari yang memberi gambaran sebenar situasi di Palestin
  3. Jemput Penceramah Yang Berwibawa
    • Pilih penceramah yang berpengetahuan dan mampu menyampaikan fakta dengan cara yang berimbang
  4. Galakkan Dialog Terbuka
    • Anjurkan sesi soal jawab atau forum diskusi untuk membincangkan isu dengan pelbagai perspektif
  5. Ajak Kerjasama
    • Jemput organisasi-organisasi kemanusiaan dan NGO yang berpengalaman untuk berkolaborasi dalam program
  6. Kempel Amal
    • Mengumpul sumbangan untuk bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian atau pendidikan
  7. Promosi Kedamaian
    • Tekankan pentingnya kedamaian, keadilan dan keharmonian dalam semua aktiviti

Minggu Solidariti Palestin

  1. Hindari Retorik Ektremis
    • Jangan menggunakan simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya senjata api, pedang, tombak
  2. Elakkan Menyalahkan Individu Atau Agama
    • Jangan generalisasikan atau menyalahkan sluruh kelompok atau agama tertentu atas dasar tindakan segelintir individu
  3. Jangan Memanipulasi Fakta
    • Pastikan semua maklumat yang disampaikan adalah benar dan tidak disesatkan.
  4. Elakkan Aktiviti Yang Boleh Minumbulkan Konfrontasi
    • Hindari aktiviti seperti protes jalanan yang boleh menimbulkan konflik atau ketegangan
  5. Hindari Politik Partisan
    • Jangan memihak atau memberikan platform kepada mana-mana pihak politik
  6. Jangan Hanya Menonjolkan Perspektif Satu Pihak
    • Walaupun tujuan adalah untuk solidariti kepada Palestin, cuba untuk memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi
  7. Elakkan Menggunakan Simbol atau Ikon Yang Boleh Menimbulkan Kontroversi
    • Ini termasuklah bendera, slogan atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain

Minggu Solidariti Palestin

Contoh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Minggu Solidariti Palestin KPM

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang Minggu Solidariti Palestin ini termasuklah:

  • Pertandingan mencipta sajak
  • Acara deklamasi puisi
  • Ceramah
  • Pameran & tayangan video
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan melukis poster
  • Bacaan doa & munajat untuk Palestin
  • Pelancaran tabung kemanusiaan Palestin

minggu solidariti palestin

Sumber: Facebook Rossalwa Mohd Isa

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin KPM ini, sila rujuk Kenyataan Media Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin KPM dan diharapkan info ini akan memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More