Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Minyak Motosikal Percuma Untuk Rakyat Terengganu 7 September Ini

Minyak Motosikal Percuma untuk rakyat negeri Terengganu akan diberikan pada hari Khamis, 7 September 2023 ini dan terdapat 3 lokasi cawangan Petronas yang telah ditetapkan.

Justeru, kepada semua rakyat-rakyat negeri Terengganu yang mempunyai motosikal jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan minyak motosikal secara percuma pada hari tersebut.

Isi Kandungan

Minyak Motosikal Percuma Untuk Rakyat Terengganu

Muhammad Syahmie Rizuan Mohd Yusof atau lebih popular dikenali sebagai Ervan Rizuan adalah seorang selebriti instafamous daripada Terengganu.

Bijak meraih peluang dengan menggunakan Instagram, Tiktok dan Facebook, kini langkahnya telah berjaya menarik perhatian ramai anak-anak muda untuk sentiasa membuat kebaikan dan bersedekah kepada orang ramai.

Baru-baru ini, Ervan Rizuan telah memberitahu pada posting Facebooknya tentang Minyak Motosikal Percuma yang akan diberikan untuk rakyat negeri Terengganu yang mempunyai motosikal pada 3 lokasi di 3 daerah berbeza yang telah dinyatakannya.

“Minyak motor PERCUMA yang dijanjikan untuk rokyat GANU oleh Ervang yang akan berlangsung serentak di 3 Daerah Kemaman, Dungun & Kuala Terengganu tunggu Insyaallah terdekat ni doh nanti confirm neh,” tulis Ervan Rizuan pada Facebooknya 4 hari lalu.

“Tolong kabo (bagitahu) blake (semua) sek-sek hok ada motor tu,” katanya lagi.

Selang beberapa hari daripada postingannya itu di Facebook, kini Ervan Rizuan telah menyatakan maklumat lanjut tentang pemberian Minyak Motosikal Percuma tersebut.

Minyak Motosikal Percuma

Bila Minyak Motosikal Percuma Ini Akan Diberikan?

Tarikh dan masa untuk mengisi minyak percuma yang dinyatakan adalah pada 7 September 2023 (Khamis), bermula pukul 4.30 petang sehingga minyak habis.

Dimana Lokasi Minyak Motosikal Percuma Ini?

Lokasi-lokasi yang terlibat adalah di 3 daerah berbeza yang terdapat di negeri Terengganu iaitu:

  1. Daerah Kuala Terengganu – Petronas Batu Rakit (Gong Datok)
  2. Daerah Dungun – Petronas Batu Lima (Sura 2)
  3. Daerah Kemaman – Petronas Geliga

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini berkaitan Minyak Motosikal Percuma ini, anda boleh terus ke media-media sosial berikut

Diharapkan dengan perkongsian Minyak Motosikal Percuma ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana terutamanya rakyat-rakyat negeri Terengganu.

Pakat kabo blake ke saing-saing hok ada moto tu…

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More