Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Pakej PerantiSiswa Untuk Dapatkan “Peranti Percuma” April 2022 Sudah di Buka!

Kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat Malaysia terutama golongan B40 yang benar-benar memerlukan bantuan. Kali ini, pihak kerajaan tampil dengan 1 lagi pakej bantuan terbaru iaitu Bantuan PerantiSiswa yang bakal dilaksanakan bermula April 2022 ini.

Ramai yang tertanya-tanya apa details keterangan mengenai bantuan ini kerana bantuan seperti ini pasti bakal mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia apabila ianya dilancarkan nanti.

Inisiatif PerantiSiswa Bakal Beri Bantuan Gadjet Kepada Mahasiswa Dari Keluarga B40

Inisiatif PerantiSIswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) disasar dilaksanakan bermula penggal pertama tahun 2022 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM450 juta. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif PerantiSiswa bertujuan membantu mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850. Peranti ini disediakan secara percuma kepada mahasiswa yang berkelayakan di IPT-IPT berkenaan agar mereka dapat menggunakan peranti tersebut dalam pembelajaran sehingga selesai tempoh pengajian.

Inisiatif ini akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolek Komuniti dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.

Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022. Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya terhadap golongan B40 bagi membentu kominiti digital Keluarga Malaysia serta merapkan juran gdigital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

Adalah diharapkan inisiatf PerantiSiswa in menjadi pelengkap kepada proses pembelajaran di IPT dan daapt dimanfaatkan sebaik mungkin untuk terus berdaya maju seiring dengan evolulsi teknologi digital

Permohonan Pakej PerantiSiswa 2022

Untuk pengetahuan semua, ada beberapa details yang perlu difahami. Bagi lebih memudahkan semua apa kata kita baca infografik dibawah.

Secara kesimpulannya, bantuan ini akan bermula permohonannya dibuka pada pertengahan April 2022 dan disasarkan kepada golongan mahasiswa dari keluarga kelompok B40. Jadi, diharap semua mahasiswa yang layak harus cakna dengan perkembangan semasa pemberian bantuan ini.

Jom Segera Buat Permohonan Gadjet di Bawah Program Bantuan Peranti Siswa 2022 Ini

Cara permohonan adalah melalui atas talian (online) sahaja. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan bantuan tablet percuma kepada pelajar IPT B40:

  1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my  dan klik Daftar Pengguna.
  2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.
  3. Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di
    hantar.
  4. Notifikasi akan dihantar kepada e‐mel pemohon untuk tujuan pengesahan
    Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
  5. Log Masuk menggunakan Alamat E‐mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan
    klik Log Masuk.
  6. Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan
    Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib di isi.
  7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat.
  8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
  9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up bagi mengingatkan pemohon agar
    memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila
    klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk
    membuat pindaan permohonan.
  10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik
    Cetak/Simpan untuk simpanan.
  11. Cetak borang permohonan untuk simpanan.
  12. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up untuk keluar dari Sistem
    https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau
    klik butang BATAL untuk kekal diskrin.

Rujuk dan Download Manual Pengguna Bagi Permohonan Pakej Perantisiswa

Sila rujuk manual pengguna permohonan pakej perantisiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More