Sumber Rujukan Globalisasi Anda

J&T Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Pelanggan

Ekoran penularan video & gambar staff J&T membaling barang-barang pelanggan mereka, pihak pengurusan J&T mohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para pelanggan mereka. Kejadian ini berlaku adalah disebabkan oleh penanguhan gaji pekerja mereka bagi bulan Februari 2021.

Sebelum kita pergi jauh berkaitan isu moho maaf ini, mari kita sama-sama kenal ape itu syarikat J&T

J&T Express merupakan syarikat penghantaran ekspres yang berpangkalan pada teknologi e-moden terkemuka dengan tagline “Express Your Online Business,” yang meletakkan jenama mereka sebagai teras ekspres e-dagang. Syarikat ini telah berjaya menjalankan perkhidmatan penghantaran yang cekap dan pantas dalam industri penghantaran di Malaysia.

Sejarah syarikat J&T adalah sangat menarik untuk kita tahu yang mana syarikat ini telah bermula pada tahun 2015. Ikuti sejarah syarikat J&T seperti dibawah.

  • 2015: J&T Express Indonesia dilancarkan secara rasmi di Jakarta, Indonesia; menjadi syarikat penghantaran ekspres pertama yang melancarkan perkhidmatan pengambilan percuma.
  • 2016: J&T Express mencapai liputan penuh di Indonesia.
  • 2017: J&T Express secara rasmi bekerjasama dengan beberapa platform e-dagang utama di Indonesia.
  • 2018: J&T Express Malaysia dan J&T Express Vietnam telah ditubuhkan.
  • 2019: J&T Express Vietnam dilancarkan secara rasmi.
  • 2020: J&T Express Filipina dan J&T Express Thailand telah ditubuhkan.
  • 2021: J&T Express Filipina dan J&T Express Thailand mula beroperasi secara rasmi.
  • 2022: Pengembangan J&T Express Malaysia secara rasmi memperkenalkan J&T Cargo dan J&T Distribution Solution. J&T Express Malaysia melancarkan Express Doc. J&T Express Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi mula beroperasi secara rasmi.
  • 2023: J&T Express Mexico mula beroperasi secara rasmi.

Isi Kandungan

Surat J&T Mohon Maaf

Pihak J&T berjanji perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi dan komited untk pembangunan lokal, meningkatkan pampasan dan faedah dari semasa ke semasa.

J&T Mohon Maaf
surat J&T mohon maaf

Diharapakan kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada semua khususnya kepada majikan yang mempunyai pekerja bawahan. Kebajikan setiap pekerja haruslah diambil berat bagi mengelakkan pekerja mogok @ tidak berminat untuk berkerja. Surat J&T mohon maaf ini telah tersebar di pelbagai media sosial pada masa sekarang dan menjadi perbualan semua pihak.

Sebab-Sebab Pekerja J&T Protes

“Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus dan Undang-Undang Perburuhan Malaysia.

“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Disebabkan masalah itu, J&T memaklumkan, ada yang kurang jelas sistem pengagihan bonus, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas pada Khamis lalu dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama dan menyebarkan video ke sosial media.

“Bagaimanapun, pengurusan negeri Perak segera mohon maaf dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku. Pada 5 Februari (Jumaat) lalu, pekerja kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun serta memproses bungkusan pelanggan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan akan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, J&T menjelaskan pihaknya komited untuk pembangunan lokal, meningkatkan pampasan dan faedah pekerja dari semasa ke semasa, mempromosikan pembangunan ekonomi sosial dan industri e-dagang serta komited membangun sistem pampasan dan faedah lengkap untuk pekerja.

Dalam pada itu, J&T turut memberi maklum balas mengenai aduan warganet mengenai pekerjanya yang didakwa mencuri makanan dan minuman daripada bungkusan pelanggan. J&T mohon maaf berkaitan perkara tersebut

“Disebabkan peningkatan pesat dalam jumlah bungkusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, J&T mengambil lebih banyak bungkusan daripada masyarakat.

“Dalam tempoh ini, syarikat mengupah lebih ramai pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja sementara.

“Ini adalah kesalahan dalam pengurusan kami. Surat J&T mohon maaf yang telah tersebar luas itu ada lah permohonan maaf ikhlas dari kami. Kami juga sudah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat,” katanya.

Sumber-My Metro Mohon Maaf)

Istilah Penjejakkan

Dalam proses penghantaran barang, terdapat beberapa istilah penting yang perlu difahami oleh pengguna perkhidmatan J&T. Berikut adalah beberapa istilah yang biasa digunakan dalam penjejakkan penghantaran:

  • Gateway: Istilah ini sering digunakan untuk menentukan lokasi tertentu atau apabila bungkusan telah tiba di destinasi tertentu. Contohnya, (SBY_GATEWAY) dihantar ke (LMJ_GATEWAY). Istilah ini bermaksud bungkusan akan dihantar dari gudang di Surabaya ke gudang di Lumajang.
  • Imbas: Bungkusan sedang dalam proses penghantaran dan status bungkusan akan dikemaskini tidak lama lagi.
  • Printer sedang menghantar: Istilah ini menunjukkan kurier sedang dalam proses penghantaran bungkusan ke alamat penerima.
  • Sedang Jalankan Simpan Imbas: Bungkusan yang telah dihantar telah tiba di Droppoint tetapi tertunda kerana berlaku kelewatan atau kelebihan penghantaran.
  • Bermasalah: Istilah ini digunakan apabila bungkusan telah tiba di Droppoint dan terdapat masalah, seperti alamat penerima yang tidak lengkap, kandungan yang dilarang, atau masalah teknikal sistem.
  • Invalid Airway Bill: Istilah ini digunakan jika pihak J&T membuat kesilapan dalam memasukkan nombor resi atau jika sistem mereka mengalami masalah.
  • Sudah Diterima (Delivered): Istilah terakhir digunakan apabila bungkusan telah tiba dan diterima dengan baik oleh penerima.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Surat J&T Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Pelanggan  ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dilawati: MYBERAS| Bantuan Beras Percuma Setiap Minggu Bermula Februari 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More