Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Moratorium Critical: Agrobank Tidak Kenakan Caj Keuntungan Tambahan Tahun 2020

KUALA LUMPUR: Agrobank mengumumkan ia tidak akan mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak moratorium automatik untuk enam bulan.

Bank itu dalam kenyataannya berkata, ia adalah meskipun terdapat pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30 April lalu yang mana pembiayaan Islam dengan kadar tetap berkemungkinan dikenakan caj keuntungan tambahan setelah tempoh moratorium selama enam bulan yang berkuat kuasa dari 1 April hingga 30 September tahun ini.

Mengulas mengenai pengumuman itu, Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar berkata, Agrobank komited untuk meringankan beban pelanggan dalam tempoh sukar ini.

Moratorium

Moratorium Critical: Agrobank Tidak Kenakan Caj Keuntungan Tambahan Tahun 2020 1

“Oleh itu, bagi pelanggan pembiayaan Kadar Tetap kami terutama pelanggan pembiayaan mikro, tidak akan ada sebarang perubahan dalam jumlah tertunggak dan keuntungan semasa yang perlu ditanggung oleh pelanggan kami.

“Pelanggan hanya perlu membayar jumlah pembayaran bulanan yang sama mulai Oktober 2020 dan seterusnya, tetapi tempoh pembiayaan akan dipanjangkan sehingga enam bulan lagi daripada tempoh pembiayaan asal untuk menampung tempoh penangguhan enam bulan sepanjang moratorium automatik,” kata Khadijah.

Agrobank berkata, pihaknya berharap pengumuman itu dapat memberikan pelanggan mereka lebih kelegaan daripada beban kewangan mereka dan sekaligus membantu mereka menghadapi cabaran lain yang mungkin sedang mereka hadapi.

“Pandemik COVID-19 adalah satu keadaan yang tidak dijangka yang telah memberi kesan kepada perniagaan termasuk industri pertanian terutamanya kepada perniagaan kecil dan mikro.

Moratorium Critical: Agrobank Tidak Kenakan Caj Keuntungan Tambahan Tahun 2020 2

“Langkah ini akan memberi banyak kelebihan kepada pelanggan pembiayaan mikro kami. Agrobank komited untuk terus menyokong pelanggan kami dalam memperkukuhkan perniagaan mereka terutamanya pada masa sukar ini,” katanya lagi.

Kredit : BH

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More