Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Moratorium Pinjaman Bank Selama 6 Bulan – PEMULIH

Moratorium Pinjaman Bank Selama 6 Bulan - PEMULIH

Moratorium Pinjaman Bank Selama 6 Bulan – PEMULIH adalah satu bentuk inisiatif bagi membantu semua golongan rakyat yang terkesan dengan keadaan pandemik masa kini. Lebih daripada 250 ribu peminjam yang layak telah mendapat kelulusan secara automatik.

Dalam keadaan sekarang, begitu ramai yang terkesan dengan keadaan pandemik COVID-19. Kerajaan baru sahaja mengumumkan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memastikan rakyat dibantu dan ekonomi negara dapat dipulihkan sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan baru-baru ini.

Isi Kandungan

Moratorium Pinjaman Bank Selama 6 Bulan – PEMULIH

Moratorium Pinjaman Bank Selama 6 Bulan - PEMULIH

  • Dalam pakej bantuan PEMERKASA Tambahan yang lalu, pihak kerajaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta pihak institusi bank telah melaksanakan satu inisiatif bayaran balik pinjaman atau moratorium pinjaman bank secara bersasar.
  • Lebih daripada 250 ribu peminjam yang layak telah pun diluluskan secara automatik permohonan mereka, sehingga ke hari ini.
  • Pemohon hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan moratorium penuh selama 3 bulan, atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.
  • Namun begitu, ramai rakyat yang makin resah dan berada dalam keadaan yang amat terdesak dan terjejas teruk, dan ia bukan melibatkan golongan B40 sahaja, tetapi juga golongan M40 dan T20. Mereka turut mengalami peningkatan tanggungan kerana membantu ahli keluarga yang turut terjejas akibat pandemik ini.

Siapakah Yang Layak Memohon?

  • Melalui Pakej PEMULIH, kerajaan telah mengumumkan bahawa moratorium pinjaman bank selama 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, tidak kira anda dari golongan B40, M40 mahupun T20, serta usahawan mikro.
  • Moratorium ini adalah dengan kerjasama pihak bank dan kerajaan, bagi membantu setiap golongan rakyat.

Apakah Syarat Kelayakan Moratorium?

  1. Untuk moratorium ini, tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan, semakan kehilangan pekerjaan yang diperlukan sebelum ini dalam PEMERKASA Tambahan.
  2. Tiada dokumentasi juga diperlukan ketika anda membuat permohonan. Untuk mendapatkan moratorium pinjaman bank ini, anda hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberi secara automatik.
  3. Kemudahan ini turut ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, namun ianya tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Bilakah Tarikh Permohonan Moratorium Dibuka?

  • Permohonan boleh mula dibuat mulai 7 Julai 2021, dan peminjam hanya perlu memohon serta menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
  • Untuk maklumat lanjut, hubungi pihak bank anda, atau dapatkan infografik mengenai Pakej PEMULIH ini di sini.

Adakah Moratorium Ini Membantu Rakyat?

Dalam keadaan yang kian menghimpit di setiap genap, sesungguhnya Moratorium Pinjaman Bank selama 6 bulan ini amatlah membantu bagi setiap golongan sama ada miskin, sederhana dan juga yang berada. Kesusahan setiap rakyat tidak dapat kita rasai, namun keperitannya kian terserlah dengan kes-kes bunuh diri yang meningkat. Apapun sama-sama kita doakan keadaan covid-19 di negara kita semakin pulih dan kembali seperti biasa. Tiadalah kekuatan kita ini melainkan doa kepada yang Maha Esa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More