Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Raikan Ramadan : Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma

Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma sebanyak 40,000 kepada masyarakat dan pelanggan melalui program Raikan Ramadan.

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, pengagihan bubur lambuk itu berlangsung selama lima hari bermula 9 April sehingga 13 April bermula jam 3 petang sehingga 7 petang mengikut cawangan-cawangan yang telah dinyatakan.

Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma Melalui Program Raikan Ramadan

Ramadan adalah bulan suci yang dinanti-nanti oleh umat Muslim di seluruh dunia.  Namun, Ramadan bukan hanya tentang menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga tentang keberkatan dan kebaikan. Ia tidak hanya bermanfaat bagi orang yang menerimanya, malah juga memberikan keberkatan dan rasa puas bagi orang yang memberi. Ada orang menyediakan makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan. Ada juga yang mengadakan majlis berbuka puasa, dan ada yang memberikan sumbangan menerusi organisasi amal. Namun, lain pula bagi nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Siapa lagi kalau bukan ‘Mydin’.

Setiap tahun, Mydin tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki dengan mengadakan tawaran harga terendah bagi meringankan beban para pembeli.

Tema Mydin Ramadan Raya Rahmah pada tahun ini bertepatan dalam objektif Mydin untuk memberi kembali kepada masyarakat.

Selain menawarkan pelbagai promosi, Mydin turut menyalurkan sumbangan kepada orang ramai yang memerlukan melalui program-program sosial dan amal bersama rakan niaga lain seperti program Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma ini.

Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma

“Sebanyak 27 cawangan terlibat dalam menjayakan program Raikan Ramadan dan Mydin MITC, Melaka akan menjadi destinasi terakhir pengagihan bubur lambuk. Orang ramai yang mahu mendapatkan bubur lambuk boleh hadir ke cawangan terlibat. Pengagihan makanan ini bermula pada jam tiga petang sehingga tujuh petang,” kata Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin ketika ditemui di Mydin USJ, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ameer Ali menjelaskan acara berkenaan sudah menjadi kelaziman bagi syarikat untuk berkongsi rezeki dengan mengagihkan bubur lambuk.

Ujar beliau, setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, Mydin akan mengadakan acara pengagihan bubur lambuk kepada pelanggan pasaraya dan komuniti sekitar.

Pada masa sama, Ameer Ali memaklumkan bahawa inisiatif murni itu turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan pembekal strategik yang lain.

“Antara syarikat yang terlibat adalah H Elite Hotel, Adabi, Maggi, Sj Echo, Faiza, OEL, Inazul, MBSB Bank, Indra Valley Rice, Saji, Beras Era dan Promox yang terlibat menaja bahan-bahan masakan dan tukang masak,” ujarnya.

Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma

Orang ramai yang mahu mendapatkan bubur lambuk percuma itu boleh hadir ke cawangan-cawangan Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma yang terlibat antaranya, Tunjong, Kelantan; Sandakan, Sabah; Petra Jaya dan Samariang, Sarawak; Parit Buntar, Perak; Taman Batik, Kedah; Masjid India, Kuala Lumpur dan beberapa cawangan lain lagi.

Lokasi pengagihan mengikut tarikh dan cawangan yang terlibat adalah seperti poster di bawah.

Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma

Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma

Program sebegini sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai untuk menikmati hidangan tradisional ketika berbuka puasa selain dapat membantu golongan yang memerlukan.

Semoga perkongsian info tentang Mydin Agih Pek Bubur Lambuk Percuma ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More