Sumber Rujukan Globalisasi Anda

NEGARA BAKAL BERDEPAN KRISIS EKONOMI

Akibat daripada pandemik covid-19 yang telah terjadi di seluruh negara. Krisis Ekonomi bakal berlaku dimana sektor ekonomi tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna setelah seluruh negara menutup hampir sebahagian besar sektor perniagaan, dan juga pintu sempadan negara. Akibatnya ekonomi semakin jatuh demi memastikan keselamatan rakyat.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia merasa kesannya. Oleh itu, Kerajaan telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi, untuk menjana kembali pendapatan negara agar rakyat dapat berbelanja, seterusnya dapat membantu kerajaan menjana ekonomi.

Terpanggil untuk berkongsi informasi lanjut mengenai kemelesetan ekonomi dalam penyampaian yang mudah difahami, saudara @Fadzli Nasirr telah membuat satu thread di Twitter.

Krisis Ekonomi : Berbelanja dengan bijak

Pada waktu genting begini, ramai yang akan dibuang kerja kerana Syarikat tidak mampu untuk membayar gaji pekerja dan meneruskan perniagaan. Bantuan dari kerajaan juga hanyalah untuk jangka waktu yang singkat. Rakyat dinasihatkan agar berbelanja untuk barang keperluan sahaja agar wang dapat dijimatkan sepenuhnya.

Bagi yang masih dikekalkan bekerja berusahalah meningkatkan prestasi bagi membantu majikan anda menjana ekonomi. Jika gaji anda kecil dan tidak mencukupi, diharap anda dapat membuat kerja sambilan yang lain agar dapat menambah pendapatan untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang bakal melanda negara.

Krisis Ekonomi
Krisis Ekonomi

Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk menjana ekonomi negara yang akan dilanda kemelesetan ekonomi yang lebih buruk berbanding tahun sebelum ini. Bantu juga golongan peniaga kecil kerana golongan ini akan lebih terasa tekanan dalam bidang ekonomi. Ingatlah dalam rezeki kita, ada terselit rezeki orang lain. Anda bantu orang, Allah akan bantu anda pula suatu hari nanti. Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka minda agar lebih bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Sumber : Twitter fadzlinasirr

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More