Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nikah Secara Dalam Talian

Memandangkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah masuk Fasa 3. Segala aktiviti harian pun sudah tidak boleh dilakukan seperti kebiasaan. Kini, majlis pernikahan juga dibuat secara dalam talian bagi menyokong saranan kerajaan dalam mengikuti arahan PKP. Ini merupakan nikah yang pertama secara dalam talian yang dibuat di negara ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin secara dalam talian pertama, di Malaysia, hari ini.

Majlis pernikahan dalam talian menerusi sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi.

Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

Majlis akad nikah secara dalam talian di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak. - Foto Ihsan Twitter Datuk Dr Zulkifli
Majlis akad nikah secara dalam talian di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak. – Foto Ihsan Twitter Datuk Dr Zulkifli

Majlis akad nikah secara dalam talian itu dikongsi Zulkifli melalui laman faceebooknya, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.

Katanya, usaha baik itu adalah bagi menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Beliau berkata, majlis diadakan itu selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin.

Sebagai melaksanakan, JAWI membenarkan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan wabak pendemik COVID-19 adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber : BHOnline

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More