Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nombor Pin UPU BSN 2021

Nombor Pin UPU BSN 2021

Nombor Pin UPU BSN 2021 boleh didapatkan dengan beberapa cara, sama ada di kaunter BSN, ATM mahupun pesanan teks ringkas (SMS). Nombor ID unik atau Nombor pin UPU BSN 2021 amat diperlukan apabila anda ingin mengisi permohonan secara dalam talian untuk memasuki institut pengajian tinggi (IPT).

Pembelian boleh dibuat bermula bulan Februari 2021, melalui beberapa kaedah yang akan dijelaskan di bawah. Harga nombor pin adalah bergantung kepada jenis program yang ingin dipohon. Seperti contoh, untuk nombor pin UPU, harganya adalah RM15.60. Senarai harga nombor pin BSN untuk tujuan lain adalah seperti berikut:

Nombor Pin UPU BSN 2021

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda membuat pembelian nombor ID unik BSN iaitu:

  • Pembelian tunai di kaunter BSN
  • Pembelian nombor pin UPU di mesin ATM
  • Pembelian melalui kemudahan SMS

bsn

Isi Kandungan

1. Pembelian tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah ini memerlukan anda untuk hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), tanpa perlu mempunyai akaun simpanan di BSN. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan anda ketika berurusan di kaunter BSN, untuk tujuan pembelian nombor pin UPU.

Sebelum berurusan di kaunter, anda perlu isi borang pembelian tunai yang disediakan seperti contoh di bawah. Anda juga boleh muat turun contoh Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap di sini.

Nombor Pin UPU BSN 2021

2. Pembelian Nombor Pin UPU di Mesin ATM

Sekiranya anda adalah pelanggan/pengguna yang mempunyai akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional, anda boleh membeli nombor pin UPU BSN 2021 melalui ATM BSN. Anda hanya memerlukan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO untuk pembelian nombor pin UPU BSN 2021.

Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:

  1. Masukkan kad BSN.
  2. Pilih Beli Nombor ID (Pin).
  3. Pilih Program Kursus.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  5. Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.

3. Pembelian Melalui SMS

Pengguna yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.

Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
  2. Masukkan No. Pin dan pilih Urusan Lain
  3. Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
  4. Masukkan No. Telefon Bimbit
  5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  7. Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
  8. Kemudian, SMS ke 36898  dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
  • contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
  • *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi perkhidmatan pelanggan BSN di talian 1300 88 1900, atau layari laman sesawang https://www.bsn.com.my/

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More