Sumber Rujukan Globalisasi Anda

‘NORMAL BAHARU’ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Selepas lebih sebulan menjalani kehidupan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membantu mengekang penularan COVID-19 di negara ini, orang ramai diingatkan untuk bersedia menyesuaikan diri dengan normal baharu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu perubahan baru buat semua rakyat Malaysia. Banyak perkara yang berubah sejak PKP dijalankan. Malaysian Health Coalition, melalui laman twitter mereka memberikan peringatan buat semua berkaitan PKP ini.

Isi Kandungan

PERSEDIAAN KE ARAH NORMAL BAHARU

Pesanan daripada doktor, jururawat dan pakar kesihatan ini adalah berguna untuk kita membuat persediaan ke arah kebiasaan baharu. Bersabar untuk keesokan yang lebih baik. Walaupun perkara banyak berubah ketikan ini, tapi adat dan budaya semua tidak sedikitpun terjejas. Ini adalah 5 pesanan buat rakyat Malaysia.

1 : NIAT KITA KEKAL SAMA

'NORMAL BAHARU' UNTUK RAKYAT MALAYSIA 1
NORMAL BAHARU

Buat penganut beragama Islam, ibadat dan tradisi dalam bulan Ramadan yang bakal tiba, masih boleh dinikmati bersama. Keluarga jauh digalakkan berkumpul secara atas talian, sementara keluarga kecil kekal di rumah untuk berbuka puasa

2 : SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERSAMA ANDA

'NORMAL BAHARU' UNTUK RAKYAT MALAYSIA 2
NORMAL BAHARU

Meskipun melalui tempoh PKP, perayaan seperti Tahun Baru Tamil, Minggu Suci, Qing Ming, Vaisakhi dan Vishu tetap disambut, tetapi dengan cara yang berbeza. Pemimpin-pemimpin agama digalakkan mencari kaedah sambutan yang inovatif.

3: MASA UNTUK BERMUHASABAH

'NORMAL BAHARU' UNTUK RAKYAT MALAYSIA 3

Ini merupakan peluang terbaik untuk bermuhasabah diri dalam aspek kerohanian mengikut amalan keagamaan kita. Keteguhan iman kita diduga dalam suasana getir ketika ini, dan kita dinasihatkan supaya mengawal diri serta melindungi sanak-saudara.

4: LEBIHKAN AMALAN BERKONGSI, KURANGKAN PEMBAZIRAN

'NORMAL BAHARU' UNTUK RAKYAT MALAYSIA 4

Jika barang keperluan anda lebih daripada mencukupi, berkongsilah dengan mereka yang kekurangan. Elakkan pembelian panik dan penyimpanan barangan runcit secara berlebihan. Pembelian berhemah adalah salah satu cara perkongsian.

5: SEMARAKKAN SEMULA SEMANGAT MUHIBBAH

'NORMAL BAHARU' UNTUK RAKYAT MALAYSIA 5

Virus tidak mengenal golongan kaya mahupun miskin. Ia tidak dapat membezakan kewarganegaraan, bangsa atau agama. Kita perlu terus maju dengan berbuat baik dan bertolak-ansur antara satu sama lain. Bersama-sama kita menempuh keadaan ini.

Selari dengan kata kata, let us work together as Malaysians! Sama sama kita boleh jaga kita!

Sumber : Malaysian Health Coalition

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More