Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai motosikal Yamaha NVX 2024 yang sentiasa menjadi kegilaan ramai di Malaysia.

Isi Kandungan

Mengenai Yamaha NVX Malaysia

Memperkenalkan inovasi dipacu dengan mobility keunggulan motosikal automatic, inilah Yamaha NVX baru yang dihadirkan bersama teknologi aplikasi Y-Connect buat julung kalinya di Malaysia.

Tampak unggul bergaya dengan pilihan warna kemasan premium, ianya hadir dengan variasi ABS dan tanpa ABS.

Dipacu dengan enjin yang menawarkan lebih kuasa pecutan, Yamaha NVX kini memberikan anda kuasa dan inovasi.

Terdapat 4 warna Yamaha NVX yang tersedia, iaitu

  • Blue
  • White Mettalic
  • Light Grey
  • Matte Black
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 1
NVX 2024

Ciri Istimewa Yamaha NVX

Pelbagai ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Yamaha NVX 2024, antaranya adalah seperti berikut:

Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 2
Dilengkapi dengan aplikasi Y-Connect. Membolehkan anda mendapatkan maklumat berkaitan dengan jadual penyelenggaraan, notifikasi telefon bimbit, kedudukan terakhir motosikal, keadaan bateri, penggunaan bahan api dan notifikasi masalah teknikal motosikal dari telefon pintar anda.
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 3
Dilengkapi dengan ciri sokongan keselamatan seperti sistem penggera anti kecurian dan Answer Back System untuk mengenal pasti kedudukan parker motosikal dengan mudah.
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 4
Untuk versi ABS, ia dilengkapi dengan sistem Stop & Start. Lebih penjimatan bahan api dengan teknologi system Stop & Start dimana enjin akan dimatikan semasa motosikal berhenti.
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 5
Dilengkapi dengan sistem ABS brek hadapan. Mampu memberikan pengawalan brek maksimum melalui cakera depan yang berukuran 230mm.
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 6
Dilengkapi dengan suspensi belakang dengan sub-tank, untuk prestasi tunggangan yang lebih konsisten.
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 7
Didatangkan dengan kotak konsol untuk menyimpan barang yang dilengkapi dengan soket elektrik 12V.
Yamaha NVX 2024: Ciri Istimewa, Harga & Spesifikasi Terkini 8
Reka bentuk aerodinamik dengan fairing penuh untuk menengahkan DNA Super Sport.

Harga Yamaha NVX 2024

Harga Yamaha NVX 2024 di Malaysia bermula antara RM 9,598 sehingga 11,498 dan ia boleh didapati dalam 4 warna dengan 2 varian di Malaysia.

Yamaha NVX dikuasakan oleh enjin 155 cc, dan mempunyai kotak gear Kelajuan Boleh Ubah. Yamaha NVX mempunyai ketinggian tempat duduk 790 mm dan berat kerb 125 kg. Yamaha NVX dilengkapi dengan brek hadapan Cakera dan brek belakang Drum bersama-sama dengan ABS.

Lebih 53 pengguna telah menyemak Yamaha NVX berdasarkan ciri, perbatuan, keselesaan tempat duduk dan prestasi enjin. Pesaing utama Yamaha NVX ialah Like 150, NMAX, T-70 dan N-Series.

Oleh itu, harga terkini Yamaha NVX di Malaysia mengikut varian adalah seperti ketetapan berikut:

VarianHarga (OTR)
Yamaha NVX StandardRM 9,598
Yamaha NVX ABSRM 11,498

Spesifikasi Motosikal Yamaha NVX

Berikut pula adalah spesifikasi penuh motosikal Yamaha NVX yang terkini di Malaysia.

Jenis EnjinLiquid Cooled, 4-Stroke, SOHC, VVA
Sistem Permulaan (Starting System)Elektrik
Kapasiti Minyak Enjin1.0 L
Anjakan Enjin155 cc
Jenis Penghantaran (Transmission Type)V-Belt Automatic
Brek HadapanSingle Hydraulic Disk with ABS / Single Hydraulic Disk (STD)
Brek BelakangSpindle Type
Jenis Suspensi Depan (Front Suspension Type)Teleskopik
Penggantungan Belakang (Back Suspension)Swing Arm
Jenis Palam (Plug Type)NGK / CPR8EA9

Seterusnya, terdapat pelbagai lagi sistem-sistem terbaharu yang canggih dan selari dengan teknologi kini yang terdapat pada Yamaha NVX yang pasti akan menjadi motosikal pilihan rakyat Malaysia diluar sana.

Diharapkan perkongsian info tentang Yamaha NVX 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More