Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Orang ramai diseru menderma darah di bulan Ramadan

derma darah

Kutipan darah di Pusat Darah Negara (PDN) pada minggu pertama Ramadan hanya 59 peratus, manakala kutipan di Suite Derma Darah Puspanitapuri Putrajaya hanya mencapai 32.8 peratus.

Jumlah ini membimbangkan kerana setiap 43 saat, satu beg darah diperlukan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Jom Derma Darah!

Dalam satu kenyataan hari ini, PDN berkata seramai 500 sehingga 600 orang penderma diperlukan setiap hari bagi memastikan keperluan untuk menyelamatkan nyawa pesakit dipenuhi.

Bekalan stok darah negara perlu sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan prosedur transfusi darah seperti kes kemalangan, pembedahan dan juga rutin seperti pesakit thalasaemia.

Untuk membantu usaha ini, PDN mempelawa organisasi menganjurkan kempen menderma bergerak secara berkala, selain menjemput pendermaan berkumpulan ke pusat pendermaan statik PDN di Jalan Tun Razak, PDN Donation Suite Midvalley Megamall atau Suite Derma Darah Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial PDN atau hubungi talian 03-2613 2777.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : Milo dan Al-Ikhsan Sumbang Kepada 15,000 Pelajar

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More