Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pakai niqab tanpa pelitup muka salah

PETALING JAYA – Tidak memakai pelitup muka meskipun telah memakai niqab merupakan satu kesalahan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian niqab tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memakai pelitup muka.

Beliau berkata, ini kerana pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan di bawah akta berkenaan.

“Tetapi untuk tambahan, boleh memakai face shield (topeng muka), itu sebagai tambahan, begitu juga niqab dan sebagainya.

“Jadi kalau memakai topeng muka dan niqab dan tanpa pelitup muka di dalamnya, ia tetap salah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, selebriti, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dalam masa terdekat untuk diambil keterangan berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, perkembangan berhubung perkara itu akan dimaklumkan selepas tindakan selesai diambil.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Covid-19, Teguran Tan Sri Noor Hisham Abdullah Kepada Rakyat Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More