Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pakej 5G RAHMAH (Bantuan Data Internet 60GB & Telefon Pintar Serendah RM240)

Pakej 5G RAHMAH adalah pakej telefon pintar 5G berserta pelan data, di mana telefon pintar boleh dibeli dengan harga serendah RM240 dan pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

Pengguna boleh membuat pilihan untuk mendapatkan telefon pintar model Samsung A14 ataupun Honor Lite 90 dengan harga tersebut. Namun pada 100,000 pembeli terawal, anda akan mendapat telefon pintar ini dengan harga RM120 sahaja.

Isi Kandungan

Pakej 5G RAHMAH Dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Sempena Bulan Kebangsaan, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan keriasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Kedua-duanya merupakan pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran.

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120. Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Di samping itu, pakej ini turut menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Sebagai menghargai penjawat awam, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia. lanya terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada. Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Pakej in juga akan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023.

Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan. Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Pakej 5G RAHMAH

Siapakah Yang Layak Menerima Pakej 5G RAHMAH Ini?

Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing-masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless).

Pakej 5G RAHMAH

Macam Mana Nak Daftar Pakej 5G RAHMAH Ini?

Buat masa ini, masih tidak ada lagi maklumat berkenaan cara pembelian atau pendaftaran Pakej 5G RAHMAH ini. Namun begitu, sebarang maklumat lanjut berkenaan pakej ini akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta pihak telco yang terlibat dari semasa ke semasa.

Bilakah Pakej 5g RAHMAH Ini Akan Berada Di Pasaran?

Pakej ini akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Apakah Syarikat Telco Yang Terlibat Untuk Pakej 5G RAHMAH Ini?

Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut. Berikut adalah antara syarikat-syarikat telco pembekal perkhidmatan yang terlibat untuk Pakej 5G RAHMAH ini iaitu

  • CelcomDigi Bhd
  • Maxis Bhd
  • Telekom Malaysia Bhd
  • U Mobile Sdn Bhd
  • YTL Communications Sdn Bhd

Jenis telefon pintar yang anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM240 adalah

  1. Samsung (Samsung A14 5G)
  2. Honor (Honor Lite 90 5G)

Bagaimanakah Harga Yang Ditawarkan Untuk Golongan B40 Menerusi Pakej Ini? 

Untuk golongan B40 pula, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.

Maklumat Lanjut

Sebarang info terkini dan maklumat lanjut berkaitan Pakej 5G RAHMAH ini, sila rujuk

Semoga perkongsian tentang Pakej 5G RAHMAH ini dapat membantu anda yang memerlukan, dan semoga bermanfaat!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More