Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan sekarang susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataannya berkata, kit tersebut mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat serta khutbah hari raya.

“Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB, maka kerajaan telah menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri secara sederhana dengan mengutamakan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja,” katanya.

Menurutnya, amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan.

“Saya dan seluruh warga Jakim turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan normal baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kita kembali pulih daripada wabak Covid-19,” katanya.

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kit itu mengandungi amalan yang dituntut dilakukan umat Islam ketika menyambut Aidilfitri.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Paimuzi Yahya berkata, ia susulan sambutan Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB dan pengumuman kerajaan yang menyarankan umat Islam supaya menyambut Aidilfitri secara sederhana dengan mengutamakan amalan dituntut dalam syariat Islam saja.

“Amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi boleh ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan yang lebih utama.

“Kit ini mempunyai panduan umum sambutan Aidilfitri seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Paimuzi berkata, ia boleh dimuat turun dari portal rasmi Jakim, www.islam.gov.my atau klik di pautan https://bit.ly/PanduanHariRayaPKPB.

Antara yang dikongsi di dalam kit berkenaan termasuk khutbah hari raya yang disampaikan seperti biasa sebelum ini.

Khutbah di rumah, tidak perlu kepada mimbar dan tongkat, memadai kerusi atau tempat duduk bagi imam duduk sebentar antara dua khutbah.

Sementara, teks khutbah boleh di muat turun melalui portal Jakim di www.islam.gov.my atau portal Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) di seluruh Malaysia.

Selain itu kit itu juga menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP) ziarah yang dihadkan hanya pada hari raya pertama saja dan membabitkan ahli keluarga terdekat saja dan tidak melebihi 20 orang sehari mengikut saiz kediaman.

Jakim juga mengingatkan umat Islam supaya sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan dan amalan kesihatan seperti penggunaan pelitup muka dan pensanitasi tangan.

“Sentiasa menjaga penjarakan sosial satu meter dan manfaatkan teknologi maklumat (IT) bagi menggantikan amalan ziarah menziarahi,” katanya.

Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini mengandungi panduan umum sambutan Aidilfitri seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.

Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah

Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah 1
Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah

Berikut merupakan lafaz takbir raya:

 
.
Lafaz takbir raya.

Selain itu, ini pula tatacara atau rukun bagi mengerjakan solat sunat hari raya Aidilfitri:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Untuk panduan penuh, klik disini.

Sementara itu, berikut merupakan panduan untuk membaca khutbah hari raya Aidilfitri:

.
Panduan khutbah raya.

Dalam pada itu, Jakim berkata teks khutbah boleh di muat turun melalui portal Jakim di www.islam.gov.my atau portal Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) di seluruh Malaysia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More