Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terlalu Panik Sehingga Rendam Barang dalam Sabun

Panik! Sememangnya ramai dalam kalangan kita yang menjadi paranoid apabila keluar membeli barang ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Ada yang memakai mask muka dan juga sarung tangan bagi mengelakkan tersentuh barangan yang dikhuatiri mempunyai virus COVID-19. Jadi, ada yang membuat keputusan untuk menyahkuman atau disinfectant process pada barangan dapur yang sudah dibeli. Tapi, perlu atau tidak sampai anda rendam barang dapur tersebut dengan air sabun?

Semua tahu proses pembersihan adalah kaedah penting untuk mencegah penyakit Covid-19, tetapi adakah semua barang perlu dinyahkuman?

Panik
Panik dan Terlalu Panik

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, cara utama jangkitan Sars-CoV-2 adalah dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk) dan melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Oleh sebab inilah Pakar Perubatan Kesihatan Awam mengarahkan semua untuk menjarakkan diri antara satu sama lain, basuh tangan, memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang. Namun, terdapat satu perkara yang menjadi kerisauan kaum wanita iaitu mengenai barang dapur.

Panik

Ketahuilah, walaupun virus boleh ada pada barang-barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui orang. Risiko yang lebih tinggi adalah semasa shopping kerana waktu itulah kita akan berjumpa dengan orang lain.

Satu lagi aktiviti berisiko adalah memegang troli kerana ia tempat yang dipegang oleh ramai orang. Oleh sebab itulah, semasa shopping orang ramai dinasihatkan untuk jarakkan 1 meter dengan orang lain, tidak berbual, tidak sentuh muka, mesti basuh tangan sesudah membeli-belah dan selepas memegang troli.

Pakar Mikrobiologi di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan semua barangan dapur dinyahkuman selepas dibeli. Itu agak keterlaluan! BASUH tangan sebaik sahaja balik dari kedai, selepas siap susun barang dapur, semasa memasak dan sebelum makan. Ini yang kita wajib buat!

Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang barang dapur tadi. Barang basah adalah satu lagi yang menjadi persoalan adalah perlukah nyahkuman barang basah atau makanan mentah yang dibeli? Tidak! Tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli tapi mesti dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan.

Bolehkah basuh dengan sabun? Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan. Ingat, kalau kita tertelan sabun boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit.

Terlalu Panik Sehingga Rendam Barang dalam Sabun 1
Panik

Bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan sebagai contoh menyembur pada tomato atau timun ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan. Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.

Sebaliknya, bakul atau beg kitar semula yang digunakan untuk membeli barang itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Ingat, jangan lupa basuh tangan dengan sabun ya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More