Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pantun Buat Guru Dan Ucapan Lengkap Sempena Hari Guru 2024

Pantun buat guru sempena sambutan Hari Guru setiap tahun pasti memberi sedikit kesukaran kepada pelajar berbanding menyediakan ucapan. Ini kerana, sifat pantun itu sendiri perlu ada rima, perlu ada format seperti dua rangkap atau empat rangkap, perlu tepat penggunaan bahasa dan perlu sedap bila dibicara. Berbeza dengan ucapan, ia boleh ditulis apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk diucapkan kepada guru. Tidak perlu tertakluk pada berapa panjang atau pendek dan semestinya tiada format tertentu.

PANTUN BUAT GURU
Pantun Buat Guru Dan Ucapan Lengkap Sempena Hari Guru 2024 3

Isi Kandungan

Contoh ucapan buat guru

Namun begitu, di sini kami kongsikan juga beberapa contoh ucapan yang boleh diberikan kepada guru samada dalam bentuk ucapan mahupun tulisan. Meskipun tema Hari Guru 2024 belum ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, tapi pelajar boleh bersedia dengan ucapan ini. aAntara contoh ucapan buat guru di Hari Guru adalah seperti berikut:

  1. “Selamat Hari Guru cikgu! Terima kasih kerana telah mendidik dan membimbing kami dengan sepenuh hati. Pengorbanan juga kesabaran cikgu dalam mendidik adalah sumber inspirasi kami. Semoga cikgu diganjari dengan sebaik-baik ganjaran dariNya.”
  2. “Di hari yang mulia ini, ingin kami ucapkan ucapan keramat buat insan yang selama ini banyak berkorban untuk kami. Terima kasih kerana sentiasa menjadi lilin membakar diri demi menerangi kami dengan ilmu pengetahuan. Selamat Hari Guru!”
  3. “Selamat Hari Guru! Semoga semua guru yang saban tahun tanpa jemu mendidik kami mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Ketahuilah, sesungguhnya kalian antara insan teristimewa di hati kami. Semoga setiap perih jerih cikgu semua mendapat balasan sebaiknya.”
  4. “Cikgu, sempena Hari Guru ini, ingin kami dedikasikan sebuah ucapan indah buat cikgu semua. Benar, ucapan ini tidak mampu membalas waima sebesar zarah sekalipun jasa cikgu kepada kami, tapi sekurang-kurangnya kami ingin cikgu tahu, senakal-nakal anak muridmu, tetap terselit doa buat gurunya. Kami doakan semoga cikgu semua diberkati dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Terima kasih cikgu!”

Contoh pantun buat guru

Selain ucapan, pada majlis hari guru juga pastinya diserikan lagi dengan pantun yang indah-indah buat insan bergelar guru. Biasanya, ucapan pantun buat guru ini dialunkan oleh murid sebagai mengisi salah satu slot persembahan buat guru tercinta. Jika tiada idea untuk itu, di sini kami kongsikan beberapa contoh pantun buat guru yang boleh digunakan nanti.

PANTUN BUAT GURU
Pantun Buat Guru Dan Ucapan Lengkap Sempena Hari Guru 2024 4
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.
Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki.
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
ABC dan Alif Ba Ta,
Satu dua tiga dan empat,
Selalu cikgu ajar kita,
Dilatih tubi sampai depat.
Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji dicelah daun,
Budi guru saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Betik masak lebat dipangkal,
Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi panjang akal,
Hormat guru tekun belajar.
Pergi memburu di hutan lama,
Depat rusa waktu pagi,
Kalau ilmu ku dapat sama,
Usaha guru ku sanjung tinggi.
Pohon kelapa tegak berdiri,
Kelapa ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.
Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Penutup

Semoga perkongsian kami dari segi pantun buat guru dan juga ucapan itu memberi manfaat kepada semua. Ucapan dan pantun buat guru ini walaupun nampak kecil, tapi percayalah ia memberi makna yang cukup besar buat insan bergelar pendidik. Pastinya mereka gembira jika menerima ucapan begini dari seorang bergelajar murid.

Selain pantun buat guru, jika sesiapa yang sering menjadi pengerusi majlis, ada juga kami kongsikan kepada kalian koleksi pantun pengerusi majlis. Boleh rujuk di sini ya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More