Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pas Perjalanan Percuma 2023 MyRail Life KTM

Pas Perjalanan Percuma 2023 telah diberikan kepada pelajar dan golongan OKU bagi membantu meringankan kos pengangkutan mereka menggunakan pengangkutan awam tanpa had. Pas perjalan percuma 2023 ini adalah pas MyRail Life KTM.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara:

  • Kemampanan
  • Kesejahteraan
  • Daya Cipta
  • Hormat
  • Keyakinan
  • Ihsan

Pas MyRail Life diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Isi Kandungan

Pas Perjalanan Percuma 2023 MyRail Life KTM

Pas MyRail Life percuma ini adalah untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan laluan perjalanan:

  1. Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat
  2. KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves)
  3. KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas)

Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Pas MyRail Life merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Jalan, yang diwujudkan bagi meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Pas Perjalanan Percuma 2023

Syarat Kelayakan Pengguna Pas Perjalanan Percuma 2023

Syarat-syarat kelakan permohonan pas perjalanan percuma 2023 ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  3. Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  4. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Cara Memohon

Cara memohon pas perjalanan percuma 2023 ini adalah seperti ketetapan berikut:

  • Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
  1. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS atau laman sesawang KTMB
  2. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:
  1. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) di mana-mana kaunter KTMB di laluan Lembah Klang
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:
  1. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS laman sesawang KTMB
  2. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Bagi pengguna-pengguna sedia ada yang telah mempunyai PNR, dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Pas MyRail Life adalah:

Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) – melalui online atau kaunter:

  1. No. PNR
  2. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  3. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang – melalui kaunter:

  1. MyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)
  2. Membawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB  untuk ditukar kepada Pas MyRail Life
  3. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara – melalui online atau kaunter:

  1. No. PNR
  2. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  3. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar

Kenapa pendaftaran perlu dibuat untuk mendapatkan Pas MyRail Life?
Pendaftaran dan pas diperlukan oleh KTMB sebagai dokumen perjalanan yang sah dan dilindungi oleh insuran kelompok KTMB.

Syarat Penggunaan Pas MyRail Life

  • Boleh digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang tertera di Pas MyRail Life.
  • Boleh digunakan oleh penumpang yang dicatatkan pada Pas MyRail Life.
  • Boleh digunakan dalam tempoh sah laku yang dicatatkan pada Pas MyRail Life.
  • Pas MyRail Life dan MyKad/MyKid mesti dikemukakan kepada kakitangan KTMB semasa pemeriksaan.
  • Perincian syarat boleh disemak di laman sesawang KTMB.

Tempoh Penggunaan Pas Perjalanan Percuma 2023

  • Tempoh penggunaan Pas MyRail Life bermula 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.

Maklumat Lanjut

Maklumat lengkap tentang Pas MyRail Life ini, anda boleh merujuk di Laman Rasmi KTMB atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200. Selain itu, anda juga boleh melayari media sosial rasmi KTMB:

  1. Facebook (KTM Berhad)
  2. Twitter (@ktm_berhad)
  3. Instagram (ktmbocial)

Diharapkan semoga perkongsian tentang Pas Perjalanan Percuma 2023 ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More