Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Payang Walk Dan Laluan Ebeca Tarikan Baharu Di Terengganu

Payang Walk Dan Laluan Ebeca akan menjadi tempat tarikan terbaharu di bandar raya Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu merupakan satu daerah yang agak besar dan di dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Terengganu iaitu Bandar Kuala Terengganu atau lebih sinonim dipanggil Bandar KT.

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau dan pantai.

Ini kerana Terengganu memang popular dengan negeri yang banyak mempunyai kawasan air.

Tetapi adakah anda tahu bahawa selain pulau dan pantai, banyak lagi tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke negeri Terengganu.

Selepas ini kalau anda bercadang untuk bercuti di Kuala Terengganu dalam kawasan bandar dan mencari idea tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu yang sering menjadi kunjungan pelancong, sebenarnya ada satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi iaitu Payang Walk.

Perasmian Payang Walk Dan Laluan Ebeca

Pada malam 22 Julai 2023, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah merasmikan pembukaan Payang Walk Dan Laluan Ebeca.

Menurutnya, program itu dianjurkan bagi menggerakkan sektor pelancongan sebagai ekonomi daerah di samping membantu kira-kira 400 usahawan kecil termasuk pengusaha beca.

Beliau berharap semoga usaha Kerajaan Negeri bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini sekali gus membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Pada majlis perasmian itu, pengunjung turut disajikan dengan persembahan kebudayaan di samping pelbagai jualan produk termasuk makanan tradisional.

Dengan pembukaan Payang Walk Dan Laluan Ebeca itu, berkuatkuasa setiap hari Jumaat, tiga jalan utama akan ditutup kepada semua kenderaan bermotor selama sembilan jam bermula 3 petang sehingga 12 tengah malam iaitu

  • Jalan Sultan Zainal Abidin.
  • Jalan Bandar.
  • Jalan Kampung Cina.

Pengunjung hanya dibenarkan menaiki beca untuk membeli belah di sepanjang pinggiran Payang Walk.

Menurut posting Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada instagramnya:

Semoga usaha Kerajaan Negeri bersama MBKT ini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri kita sekali gus membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Payang Walk Dan Laluan Ebeca

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menaiki beca sempena majlis perasmian Payang Walk Dan Laluan Ebeca.

Terengganu sememangnya banyak dengan tempat yang menarik yang belum diterokai sepenuhnya. Masih banyak lagi tempat menarik di Terengganu yang memang menjadi sebab utama ramai pelancong luar suka datang ke Terengganu.

Diharapkan dengan pembukaan Payang Walk Dan Laluan Ebeca ini dapat menarik ramai lagi pelancong luar serta penduduk negeri Terengganu sendiri untuk sama-sama menyokong sektor pelancongan terbaharu ini dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan ekonomi di sana.

Semoga perkongsian info baharu tentang pembukaan Payang Walk Dan Laluan Ebeca ini dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info-info yang terbaharu dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More