Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Payung Rahmah Bantu B40 Tangani Isu Kos Sara Hidup

Payung Rahmah bantu B40 adalah program terbaharu kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN). Program ini diperkenalkan ekoran jangkaan ramai pakar ekonomi yang tahun 2023 ini adalah tahun yang mencabar terutama buat mereka yang tidak berkemampuan.

Program Payung Rahmah yang bertujuan untuk bantu B40 ini diperkenalkan Menteri KPDNK tersebut, iaitu YB Datuk Seri Salahuddin Ayub. Beliau berkata program itu adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan itu dalam tempoh enam bulan ini, dengan ia dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

“Program Payung Rahmah iaitu program jangka pendek yang perlu dilaksanakan dahulu dengan segera sebagai persediaan membantu beban ditanggung rakyat terjejas dalam menghadapi isu kos sara hidup.”

payung rahmah bantu B40- Salahuddin Ayub
YB Salahuddin Ayub menyantuni rakyat Parlimen Pulai

YB Salahuddin menyebut lagi Program Payung Rahmah Kasih Sayang (Payung Rahmah bantu B40) ini adalah inisiatif berfokus selama enam bulan yang menyentuh golongan B40 dan miskin tegar, yang jika tidak dibantu kita bimbang keadaan ekonomi global yang dijangka begitu serius tahun ini menyebabkan golongan ini akan terkesan.

Empat Elemen Payung Rahmah Bantu B40

Bagi menjayakan program Payung Rahmah dan memastikan ia mencapai matlamat agar dapat memberi manfaat pada masyarakat dalam kalangan B40, kerajaan menggariskan empat elemen, iaitu:

  • Bakul Rahmah
  • Kafe Rahmah
  • Jualan Murah Rahmah
  • Barangan Rahmah

Bakul Rahmah

Bakul Rahmah adalah pemberian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan kepada golongan sasar iaitu dari kalangan B40.

YB Menteri, Salahuddin Ayub turut mengadakan perbincangan hati ke hati bersama beberapa pemain industri termasuk pengedar runcit negara bagi melaksanakan inisiatif Bakul Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40.

Kafe Rahmah

Kafe Rahmah pula adalah khusus bagi pelajar universiti bagi mendapatkan makanan pada harga lebih murah dengan pelajar susah akan dibantu.

Jualan Murah Rahmah

Maklumat lanjut berkaitan Jualan Murah Rahmah pula akan diumumkan lebih lanjut dalam minggu ini.

Barangan Rahmah

Kita juga ada Barangan Rahmah iaitu pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.

payung rahmah b40

Penutup

Selain Payung Rahmah bantu B40, antara program lain yang diumum YB Menteri ialah INISIATIF BERJENAMA SURI yang meliputi ‘Rezeki Suri’ dan ‘Aduan Suri’ bagi membantu golongan suri rumah menjana pendapatan dan memudah serta mempercepatkan suri rumah mengemukakan aduan kepada KPDN melalui QR Code.
Selain itu juga, mengkaji pelaksanaan HARGA MUNASABAH/ADIL atau FAIR PRICE berdasarkan data-data harga daripada seluruh negara bagi menambah keanjalan di bahagian permintaan dalam usaha mengawal inflasi. Katanya YB Menteri menerusi MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP yang berlangsung hari ini.
Untuk sebarang info, boleh rujuk pada laman facebook rasmi YB Menteri Salahuddin Ayub dan Facebook rasmi KPNK.
payung rahmah b40
YB Salahuddin Ayub ketika Majlis Amanat Tahun Baru Menteri KDNK

Manakala untuk info bantuan lain selain Payung Rahmah bantu B40 ini, pembaca boleh terus ke BANTUAN dan dapatkan pelbagai info sahih berkaitan bantuan yang kerajaan sediakan untuk rakyat.

Semoga Program Payung Rahmah bantu B40 ini berjaya mencapai objektif!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More