Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PBTPay: Portal Bayaran Berkaitan PBT Secara Atas Talian

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pembayaran cukai taksiran / kompoun / sewa / bil pelbagai dengan mudah di PBTPay.

Isi Kandungan

Apa Itu PBTPay?

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Perkhidmatan yang disediakan di dalam PBTPay ini adalah khas untuk anda membuat pembayaran kepada semua PBT di seluruh negara secara atas talian (online).

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan visi JKT yang ingin menjadikan PBT sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia, portal PBTPay dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat bayaran.

  • Pelbagai jenis bayaran seperti cukai taksiran, kompaun, sewa dan pelbagai.
  • Bayar menggunakan FPX.
  • Semak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran.
PBTPay: Portal Bayaran Berkaitan PBT Secara Atas Talian 1
PBTPay: Portal Bayaran Berkaitan PBT Secara Atas Talian 2
PBTPay: Portal Bayaran Berkaitan PBT Secara Atas Talian 3
PBTPay: Portal Bayaran Berkaitan PBT Secara Atas Talian 4

Cara Membuat Pembayaran Menggunakan PBTPay

Cara-cara untuk membuat pembayaran cukai taksiran / kompoun / sewa / bil pelbagai menggunakan PBTPay adalah seperti berikut:

  1. Daftar sebagai pengguna PBTPay menggunakan MyKad. Ianya percuma.
  2. Semak bil anda di mana-mana PBT. Anda boleh memilih satu atau lebih bil untuk membuat bayaran.
  3. PBT menyediakan kemudahan pembayaran menggunakan FPX. Anda boleh membuat bayaran menggunakan FPX.

Senarai PBT Yang Terlibat

Semua PBT yang terlibat dengan PBTPay adalah seperti tertera di bawah. Bagi PBT yang tidak disenaraikan di sini, PBT tersebut akan di masukkan ke dalam sistem tidak lama lagi.

NegeriSenarai PBT
Johor1. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
2. Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
3. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Kedah1. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
2. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK)
3. Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)
4. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)
5. Majlis Daerah Baling (MDB)
6. Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB)
7. Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MDKP)
8. Majlis Daerah Padang Terap (MDPT)
9. Majlis Daerah Pendang (MDP)
10. Majlis Daerah Sik (MDS)
11. Majlis Daerah Yan (MDY)
Kelantan1. Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
2. Majlis Daerah Bachok (MDB)
3. Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)
4. Majlis Daerah Ketereh (MDK)
5. Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK)
6. Majlis Daerah Machang (MDM)
7. Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)
8. Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)
9. Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)
10. Majlis Daerah Tumpat (MDT)
11. Majlis Daerah Jeli (MDJ)
Melaka1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
2. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
3. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
4. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
Negeri Sembilan1. Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
2. Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
3. Majlis Daerah Jelebu (MDJ)
4. Majlis Perbandaran Jempol (MPJL)
5. Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)
6. Majlis Daerah Rembau (MDR)
7. Majlis Daerah Tampin (MDT)
Pahang1. Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
2. Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)
3. Majlis Perbandaran Bentong (MPB)
4. Majlis Daerah Jerantut (MDJTT)
5. Majlis Daerah Lipis (MDL)
6. Majlis Daerah Maran (MDM)
7. Majlis Perbandaran Pekan (MPPekan)
8. Majlis Daerah Raub (MDR)
9. Majlis Daerah Rompin (MDR)
10. Majlis Daerah Bera (MDB)
Pulau Pinang1. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
2. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Perak1. Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
2. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)
3. Majlis Perbandaran Taiping (MPT)
4. Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)
5. Majlis Daerah Kampar (MDKPR)
6. Majlis Daerah Gerik (MDGK)
7. Majlis Daerah Kerian (MDK)
8. Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)
9. Majlis Daerah Lenggong (MDLG)
10. Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)
11. Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)
12. Majlis Daerah Selama (MDSL)
13. Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
14. Majlis Daerah Tapah (MDT)
15. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Perlis 1. Majlis Perbandaran Kangar (MPKPS)
Selangor1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
5. Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
6. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
7. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
9. Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
10. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
11. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
12. Majlis Daerah Serbak Bernam (MDSB)
Terengganu1. Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
Sabah1. Majlis Daerah Kota Belud (MDKB)
WP Kuala Lumpur1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
WP Labuan1. Perbadanan Labuan (PLabuan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan atau pendapat, anda boleh menghubungi PBTPay dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More