Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pekerja P-Hailing Dibantu Oleh MobilePreneur, POSpreneur

MobilePreneur & POSpreneur Membantu Pekerja  P-Hailing

hailing

KUALA LUMPUR: Kalangan penunggang p-hailing yang sebelum ini sudah mendapat bantuan kerajaan melalui beberapa pakej rangsangan, tambah bersyukur kerana inisiatif terbaru yang diumumkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) sekali lagi turut menawarkan insentif untuk mereka.

Menerusi PEMERKASA kerajaan meluaskan insentif untuk membantu penggiat ekonomi gig, iaitu TEKUN MobilePreneur dan TEKUN POSprenuer bagi membantu usahawan kecil yang terbabit perniagaan penghantaran bungkusan dan barangan.

Kini mereka mampu tersenyum kerana dapat membeli motosikal baharu melalui pakej TEKUN MobilePreneur dan menyifatkan inisiatif kerajaan itu dapat membantu menaikkan imej pekerja segmen itu, sekali gus memberi perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Bantuan berterusan daripada kerajaan kepada penggiat ekonomi gig, termasuk dalam segmen p-hailing akan membantu memberi lonjakan kepada mereka ini yang bekerja sendiri mendapat kehidupan lebih baik apabila urusan mencari rezeki menjadi lebih mudah, terutama dengan kenderaan yang lebih baik.

Bagi penunggang p-hailing, Mohd Mizan Abdul Hamid, 32, beliau bersyukur kerana mendapat peluang bantuan pinjaman MobilePreneur 2.0, Disember lalu bagi membeli motosikal baharu.

Beliau berkata, ketika itu masih ramai penunggang p-hailing terlepas peluang kerana tidak tahu mengenai inisiatif itu menyebabkan ada yang tidak dapat membuat permohonan.

“Justeru, keputusan kerajaan meluaskan MobilePreneur ini adalah peluang keemasan untuk rakan lain turut memohon. Saya sendiri dapat membeli motosikal baharu yang memudahkan tugas dengan kadar bayaran bulanan rendah melalui TEKUN,” katanya kepada BH.

Sementara itu, Arief Fairuz Mohd Zanudin, 24, berhasrat memohon program MobilePreneur selepas mendapat maklum balas rakan yang sudah mendapat manfaatnya.

“Ramai rakan mencadangkan saya mengambil bantuan ini kerana proses dan bayaran bulanannya mudah, jadi saya fikir untuk membuat permohonan selepas ini,” katanya.

Melalui PEMERKASA yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu, program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10,000 dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta.

Sebelum ini, TEKUN Mobilepreneur yang diperkenalkan sejak April tahun lalu membabitkan TEKUN Mobilepreneur 1.0 iaitu skim pembiayaan baik pulih motosikal dan modal pusingan dengan had pembiayaan adalah sehingga RM2,000.

TEKUN Mobilepreneur 2.0 pula ialah pembiayaan pembelian motosikal dan modal pusingan dengan had pembiayaan yang akan diberikan adalah sehingga RM10,000.

Selain itu, TEKUN Nasional akan memperkenalkan program TEKUN POS-prenuer dengan kerjasama Pos Malaysia yang mana pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan.

Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul ‘Hakim’ Abdul Rani, berkata jika sebelum ini kebanyakan penunggang p-hailing hanya bergantung kepada motosikal sedia ada menyebabkan sejumlah pendapatan mereka perlu diperuntukkan untuk membaik pulih kenderaan itu.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: PenjanaKerjaya 2.0 Membantu Pekerja

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More