Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Data Internet 1GB Percuma – PEMULIH

Data Internet 1GB Percuma adalah salah antara bantuan yang telah diumumkan oleh YAB  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sesi secara lansung pengumumam   berkaitan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu.

Data Internet 1GB Percuma - PEMULIH 1

Pakej PEMULIH ini menekankan kepada 3 fokus utama, iaitu:

  1. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  2. Menyokong perniagaan 
  3. Meningkatkan vaksinasi

Isi Kandungan

Pelanjutan Pemberian Data Internet 1GB Percuma-PEMULIH

Dalam sidang secara siaran langsung petang tadi, PM Tan Sri Muhyiddin menyatakan bahawa kemudahan internet ini boleh dikatakan menjadi utiliti keperluan yang paling basic untuk kesemua rakyat Malaysia. Hal ini kerana, hampir semua aktiviti harian yang dilakukan oleh rakyat melibatkan penggunaan data. Perkara ini termasuklah:

Aktiviti Harian Masyarakat Yang Melibatkan Penggunaan Data

Ibu bapa/pekerja/majikan yang Work From Home(WFH)

Anak-anak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun segala jenis IPTA dan IPTS di Malaysia

Pembelian barangan secara atas talian sama (Barang dapur, Food Panda, alatan pembelajaran dan seumpamanya)

Pembayaran bil-bil utiliti, semakan baki wang dalam bank, permohonan bantuan semasa

 Melayari internet bagi mendapatkan isu-isu terkini

Berapa Jumlah Keseluruhan Bantuan Ini?

  • Jumlah keseluruhan bagi bantuan kemudahan ini dianggarkan bernilai sebanyak RM500 Juta secara keseluruhannya
  • Kemudahan ini akan memanfaatkan kepada hampir 44 Juta penggunaan telekomunikasi yang berdaftar

Berapa Lama Tempoh Lanjutan Data Internet 1GB Percuma ini?

  • Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Syarikat Telekomunikasi Mana Yang Terlibat Dengan Bantuan Ini?

Dalam sidang yang sebelumnya, pemberian data harian secara percuma sebanyak 1GB ini  telah mendapat persetujuan daripada 5 syarikat telekomunikasi  sehingga tarikh 31 Julai 2021 sahaja. Akan tetapi PM Tan Sri Muhyiddin, telah mengumumkan pelanjutan ini diteruskan sehingga 31 Disember 2021. Berikut merupakan syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Data Internet 1GB Percuma

Data Internet 1GB Percuma

Data Internet 1GB Percuma

*NOTIS: Gambar Pelan Data bagi Pelanjutan Pemberian Data Internet 1GB Percuma yang dipaparkan adalah berdasarkan lanjutan yang lepas. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan jelas, anda boleh melayari laman utama syarikat telekomunikasi yang tertera, melalui official application ataupun pergi ke kedai telekomunikasi yang terdekat dengan kediaman anda.

Siaran Langsung Pengumuman Khas Pakej PEMULIH

Untuk mendapatkan info yang lebih jelas mengenai data internet 1GB percuma , anda boleh melihat rakaman pengunguman khas rasmi yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui video dibawah:

Wajarkan kerajaan memberi Bantuan berbentuk ini?

Ya, sangat wajar terutama kepada para ibubapa yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 ini . Mereka memerlukan internet untuk membuat proses pdpr, menjalankan bisnes dan banyak lagi urusan penting lain.

Diharapkan semua rakyat yang dapat bantuan ini dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin dan janganlah membazirkannya dengan menonton video-video yang tidak sepatutnya. Utamakanlah perkara yang lebih penting terlebih dahulu.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More