Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Berkuat Kuasa Bermula 21 Ogos

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia semasa waktu bekerja bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan kini dikuatkuasakan semula.

Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos 2023 dan Pemakaian Pakaian Batik Malaysia juga digalakkan pada hari bekerja yang lain.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui Surat Edaran JPA.100-1/4/1(13).

Isi Kandungan

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam

Semua pegawai perkhidmatan awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, kecuali kepada pegawai yang

  • dibekalkan pakaian seragam;
  • menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

Tatacara Pemakaian Pakaian Batik Malaysia boleh dirujuk di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (SPP1/2006).

Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang termasuklah:

(a) Berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga.

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia

(b) Berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima.

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia

(c) Berkolar Nehru butang terselindung.

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia

(d) Berkolar Mandarin berbutang tiga.

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia

Untuk makluman, pemakaian batik Malaysia oleh Pegawai Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985.

Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai watisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, Kerajaan bersetuju agar semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain.

Arahan Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja

  • Arahan pemakaian ini berkuatkuasa dari 21 Ogos 2023, dan pemakaian surat edaran ini telah dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkausa dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Muat turun Surat Edaran JPA.100-1/4/1 (13) pada pautan berikut

>>> Surat Edaran JPA.100-1/4/1 (13)<<<

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Berkuat Kuasa Bermula 21 Ogos 1

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Berkuat Kuasa Bermula 21 Ogos 2

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pemakaian Pakaian Batik Malaysia ini, sila rujuk

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Blok C1-C3, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Tel: 603 8000 8000

Diharapkan perkongsian tentang Pemakaian Pakaian Batik Malaysia ini bermanfaat untuk semua penjawat awam di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More