Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemakaian Semula Pelitup Muka Di Sekolah

Pemakaian Semula Pelitup Muka Di Sekolah dan garis panduan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah akan dikeluarkan menjelang pembukaan semula sekolah, 2 Mei 2023.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam masa terdekat berhubung peraturan itu.

Menurutnya, sebelum ini keputusan sudah dicapai di peringkat pelaksana antara dua kementerian terbabit iaitu tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah.

“Garis panduan pemakaian pelitup muka hanya akan dikeluarkan selepas saya berjumpa Menteri Pendidikan. Kita faham kebimbangan orang ramai, tetapi buat masa ini, apa yang diputuskan ialah kita menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya di tempat sempit, sesak atau tertutup,” katanya.

Pemakaian Semula Pelitup Muka Di Sekolah

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada 27 April 2023 khamis lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Isi Kandungan

Pemakaian Semula Pelitup Muka Di Sekolah

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, pemakaian semula pelitup muka hanya akan diwajibkan jika situasi COVID-19 kembali membimbangkan, namun berdasarkan pemantauan ketika ini, pihaknya tetap dengan pendirian untuk menggalakkan pemakaian sahaja.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan penularan COVID-19 kerana pemantauan yang dijalankan mendapati kadar jangkitan menurun.

“Laporan pemantauan terkini mendapati, kumulatif jangkitan pada hari keempat minggu epidimologi yang ke-17 adalah 28.15 peratus iaitu daripada 2,800 kes kepada 2,014 kes. Kes jangkitan pula sangat rendah iaitu hanya membabitkan tahap satu dan dua sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kertas Putih Kesihatan akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.

“Kertas Putih Kesihatan itu mengandungi empat tonggak utama iaitu mentranformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama serta memperkukuh asas sistem kesihatan dan tadbir urus,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pemakaian Semula Pelitup Muka Di Sekolah atau info terkini berkaitan pendidikan Malaysia, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dapatkan info yang sahih.

Semoga perkongsian tentang Pemakaian Semula Pelitup Muka Di Sekolah ini bermanfaat untuk anda. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More