Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Garis Panduan Pemakaian Seragam Sekolah KPM Sesi 2024/2025

Terkini, KPM telah mengeluarkan garis panduan berkaitan pemakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Berikut adalah garis panduan yang telah ditetapkan untuk makluman semua ibu bapa, guru dan murid.

Isi Kandungan

Garis Panduan Terkini Pemakaian Seragam Sekolah KPM 2024

Berikut dikongsikan berita lanjut mengenai pemakaian uniform sekolah dan baju sukan yang diumumkan oleh Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula Mac ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa pemakaian seragam sekolah adalah selama dua hari bagi setiap minggu.

Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM juga diteruskan selama dua hari manakala satu hari lagi ditetapkan untuk pemakaian seragam kokurikulum.

Justeru, KPM telah memutuskan garis panduan pemakaian seragam sekolah, pakaian sukan dan pakaian ko-kurikulum bagi sesi persekolahan 2024/2025 adalah seperti berikut:

Garis Panduan Baru Pakaian Sesi Persekolahan 2024/2025
2 Hari Pakaian Seragam
2 Hari Pakaian Sukan
1 Hari Pakaian Ko-Kurikulum
Garis Panduan Baru Pemakaian Seragam Sekolah Sesi 2024/2025
Garis Panduan Pemakaian Seragam Sekolah KPM Sesi 2024/2025 1
Garis Panduan Baru Pemakaian Seragam Sekolah Sesi 2024/2025
Garis Panduan Pemakaian Seragam Sekolah KPM Sesi 2024/2025 2
Garis Panduan Baru Pemakaian Seragam Sekolah Sesi 2024/2025

“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” katanya menerusi Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan pada 19 Januari 2024, baru-baru ini.

Garis Panduan Baru Pemakaian Seragam Sekolah Sesi 2024/2025

Kelonggaran Pemakaian Baju Sukan

Kelonggaran pemakaian baju sukan telah diputuskan oleh KPM sejak 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.

Pada 11 Januari lalu, KPM memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengumpul pandangan dan input daripada semua pihak berhubung garis panduan pemakaian murid ke sekolah, sama ada tidak perlu memakai pakaian seragam untuk sesi persekolahan akan datang.

Ia berikutan timbulnya pelbagai maklumbalas dan saranan ibu bapa yang menyuarakan cadangan bagi meneruskan pemakaian baju sukan di sekolah kerana ianya lebih selesa, praktikal dan memudahkan anak-anak di sekolah.

Isu ini juga diharapkan dapat diumumkan lebih awal kerana ingin membantu ibu bapa membuat persediaan lebih awal sebelum sesi persekolahan baru bermula pada Mac 2024 ini.

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada 10 dan 11 Mac 2024. Justeru, berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024/2025 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More