Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023 ini adalah sebuah tawaran biasiswa daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk pelajar yang layak.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023 yang kini dibuka adalah buat pelajar di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Isi Kandungan

Apa Itu Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023?

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bererti jumlah keseluruhan pembayaran balik pembiayaan boleh diubah suai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat.

Konsep utama PPBU adalah berdasarkan “Qardhul Hassan”. Melalui konsep ini, pembiayaan pendidikan tidak akan dikenakan sebarang faedah atau bayaran tambahan sepanjang tempoh pembayaran balik.

PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda kepada warganegara Malaysia yang layak.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

PPBU menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar dalam spektrum yang luas berkenaan akademik dan praktikal yang diambil berdasarkan pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR yang berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023

Syarat-syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh semua pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  3. TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  4. Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  5. Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  6. KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR KELUARGA B40.

Cara Membuat Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023

  • Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023 kini dibuka bermula 18 September 2023 hingga 17 Oktober 2023 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut

>>>Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023<<<

  • Semua permohonan mesti diterima sebelum 17 Oktober 2023, penghantaran lewat tidak akan dipertimbangkan.​

Kelebihan PPBU Bank Rakyat

Peminjam tidak perlu membuat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas.

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49, anda hanya perlu membayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Peratusan Bayaran Balik

Peratusan bayaran balik mengikut CGPA adalah seperti ketetapan berikut:

CGPA

Peratusan Bayaran Balik (%)

Insentif (%)

3.50 – 4.00

0

100

3.33 – 3.49

10

90

3.00 – 3.32

20

80

2.75 – 2.99

50

50

2.50 – 2.74

70

30

<2.49

100

0

Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan

Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen). Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan Perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-Undang
  8. Sains Aktuari

Semakan Keputusan Tawaran

Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023 ini akan diumumkan pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan boleh dilakukan melalui Portal Permohonan Yayasan Bank Rakyat apabila tarikh semakan telah diumumkan.

Soalan Lazim 

Soalan Lazim berkaitan permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023 ini boleh dirujuk pada pautan berikut

>>>Soalan Lazim Berkaitan Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023<<<

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2023 ini, sila emelkan ke [email protected] atau hubungi Jabatan Penajaan Pendidikan di talian 03 – 2612 0956 / 03 – 2202 4557 / 03 – 2612 6444 / 03 – 2600 4756.

Semoga anda yang layak, berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran pembiayaan pendidikan atau biasiswa daripada Yayasan Bank Rakyat bagi tahun 2023 ini!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More