Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PEMBUNUH KUCING DIKEHENDAKI, GANJARAN RM10,000!

PEMBUNUH KUCING : Kekejaman terhadap haiwan semakin berleluasa sekarang ini di Malaysia. Haiwan yang tidak bersalah sering menjadi mangsa mereka yang tidak berhati perut.

Luluh hati siapa sahaja yang melihat tindakan kejam manusia tidak berhati perut sanggup menzalimi binatang sehingga sanggup membunuh.

Baru-baru ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kekejaman seorang individu yang membunuh tiga ekor kucing dengan memasukkan ke dalam mesin basuh. Pesalah juga telah ditangkap dan kini dibicarakan.

PEMBUNUH KUCING

PEMBUNUH KUCING
PEMBUNUH KUCING PEMBUNUH KUCING

Belum pun reda dengan berita tersebut, berita lebih kejam dilaporkan semalam yang mana seekor anak kucing dilihat dibunuh hidup-hidup. Kejadian tidak berperikemanusiaan itu juga turut dirakam dan klip video berdurasi 45 saat itu kini tular di laman sosial.

Si pelaku tersebut tergamak mencurah minyak dan membakar hidup-hidup haiwan malang itu.

Sangat zalim dan kejam!

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) kini menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat mengenai insiden membakar kucing supaya tampil membantu siasatan.

Menurut persatuan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini bahawa ia mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Pahang namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

Malaysia Animal Association menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api.

Persatuan itu turut merayu agar maklumat lengkap dengan laporan polis dapat diambil sehingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membakar anak kucing itu hidup-hidup sekiranya benar kejadian dan pelaku berada di Malaysia.

Orang ramai digesa untuk memberikan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-20901097.

Jika sesiapa yang mempunyai maklumat dapat memberi kerjasama agak pelaku segera di tangkap dan dijatuhi hukuman kerana berlaku zalim pada haiwan.

Sumber :  Sinar harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More