Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PEMERKASA Plus Bantuan Sehingga RM1500

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program PEMERKASA Plus Bantuan atau Pemerkasa Tambahan sebagai inisiatif terbaru kerajaan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (Total Lockdown) pada masa ini.

PEMERKASA Plus Bantuan

Pemerkasa Plus adalah satu lagi pakej rangsangan ekonomi selepas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan Mac lalu bagi membantu rakyat mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Muhyididn berkata nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion.

Muhyiddin berkata langkah baru Pemerkasa Plus akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu

  • mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam;
  • meneruskan agenda prihatin rakyat; dan
  • menyokong kelangsungan perniagaan.

Pelaksanaan PKP 3.0 ini akan berikesan kepada rakyat kita. Menteri dan Timbalan Menteri TIDAK AMBIL GAJI selama 3Bulan. Duit Gaji ini akan masuk ke Tabung Pengurusan COVID-19.

Ia dapat mempertingkatkan Kapasiti Fasiliti Kesihatan RM1B ini disuntik. Untuk memastikan sistem kesihatan beroperasi dengan berkesan. 450 Juta Untuk Tampah Kapasiti Katil dan Peralatan ICU COVID-19.

RM550 Juta untuk tampung keperluan berkaitan COVID-19 Pelbagai Agensi. Ini termasuk ubat ubatan dan lantikan pegawai dan kos operasi pusat2 Kuarantin seluruh negara. 14,000 anggota kesihatan dan jururawat disambung kontrak sehingga tahun 2022.  Kerajaan Sasar 150,000 dos Vaksin COVID-19 Sehari Menjelang akhir Jun 2021.

Asset-asset kerajaan akan digerakkan bagi membantu Warga Emas untuk hadir ke Pusat Vaksinasi.

“Saya rayu rakyat dah terima temujanji untuk Hadir di mana mana pusat vaksin yang telah ditetapkan.” katanya.

Kerajaan meneruskan agenda Prihatin Rakyat. RM2.1B diperuntukkan bagi menambah program BPR. Program BPR akan diteruskan sehingga hujung bulan Jun 2021.

Jumlah PEMERKASA Plus Bantuan

Berikut merupakan jumlah yang akan dapat oleh tiga kategori:

  • Isi rumah Pendapatan <RM2500 terima RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM2501 – RM5000 terima RM300
  • Bujang akan terima RM100

Semua golongan B40, dan yang terjejas diberikan pilihan untuk mendapatkan moratorium secara automatic selama 3 bulan atau pengurangan bayaran selama 6 bulan.

Permohonan Moratorium akan diperincikan oleh Pihak Perbankan. Anda boleh menghubungi Bank Masing-Masing untuk perkara ini.

Kerajaan juga melanjutkan subsidi upah perkeso selama 1 Bulan. Ditanggung oleh kerajaan. 2.5 pekerja dan 200,000 majikan akan mendapat manfaat.

Bagi kelangsungan perniagaan pula, GKP akan ditambah; RM1000 bagi bulan Jun manakala RM500 bagi bulan Julai. RM 1 juta PKS akan mendapat manfaat.

Bagi Bas Pesiaran, E-hailing, Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas sekolah, bantuan secara one-off RM500.

Diskaun Bil Elektrik sebanyak 10% kepada pengendali Pengendali Hotel, Pusat Pelancongan, Taman Tema, Shopping mall.

Sumber Buletin TV3

Artikel lain: Kes Covid-19 di Kelantan boleh cecah 1,000 kes sehari

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More