Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemerkasa Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi

Perdana Menteri Melancarkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion. Program ini adalah bertujuan mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Fokus Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi

PEMERKASA akan menetapkan lima fokus utama iaitu seperti berikut:

  • mengawal penularan COVID-19,
  • memacu pemulihan ekonomi,
  • memperkukuh daya saing negara,
  • memastikan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat
  • mentransformasi ekonomi.

Menerusi program ini, 20 inisiatif baharu dan sedia ada akan dilaksana dengan menyentuh pelbagai bidang serta usaha bagi mengawal COVID-19. Program ini juga memperluas penerima manfaat khususnya kepada kumpulan B40, wanita, belia serta orang kelainan upaya (OKU).

pemerkasa

Seterusnya Perdana Menteri umumkan bahawa menerusi PEMERKASA ini, penambahan peruntukan bagi Program Imunisasi COVID-19 agar mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada bulan Disember ini. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga ditambah baik dengan fokus kini khusus untuk lokaliti lebih kecil serta kluster tertentu, bukan lagi di seluruh negara dan negeri seperti dilaksana sebelum ini.

Inisiatif Pemerkasa Yang Lain

Turut diumumkan dalam inisiatif PEMERKASA kali ini adalah bantuan kepada sektor paling terjejas khususnya pelancongan dengan pengenalan bantuan baru bertujuan merangsang aktiviti pelancongan. Bagi memastikan isu kos sara hidup rakyat, penerusan subsidi juga dilaksana terhadap petrol serta produk gas cecair petroleum atau LPG.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh lihat berita akhbar dibawah:

Artikel lain: i-Saraan KWSP, i-Lestari KWSP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More