Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penarafan Bintang MyMAP Tepati Piawaian Keselamatan Kenderaan Antarabangsa

Penarafan bintang MyMAP ialah hasil penilaian melalui empat kriteria utama iaitu pematuhan terhadap piawaian Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE), Pematuhan Pengeluaran (COP), teknologi ciri keselamatan dan program sokongan keselamatan pengguna. Selain itu, Malaysia antara negara terawal di rantau ini mengguna pakai piawaian dan peraturan keselamatan kenderaan bertaraf dunia. Piawaian dan peraturan ini ialah tonggak penting Dasar Automotif Nasional (DAN) yang dirangkumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta MARii.

mymap

Isi Kandungan

Penubuhan MyMAP

Pengiktirafan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu diberi susulan penilaian menyeluruh mencakupi aspek keselamatan motosikal berkenaan yang turut dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS). Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata program usaha sama dua agensi itu satu titik permulaan dalam meningkatkan dan mengguna pakai teknologi baharu bagi pembangunan motosikal, selaras hasrat kerajaan menaik taraf tahap keselamatan motosikal di Malaysia.

Melihat senario industri pengeluar motosikal masa kini yang belum bersedia untuk mengintegrasikan ABS pada motosikal berkapasiti rendah, syarikat pengeluar motosikal pelbagai jenama dari Taiwan, MForce mengorak langkah mendahului pengeluar lain dalam merealisasikan pengaplikasian teknologi terkini secara bersepadu. Teknologi ABS berfungsi menyelaraskan tekanan brek ketika kecemasan bagi menghalang penguncian roda dan membantu mengekalkan kestabilan motosikal, malah membantu mengurangkan jarak ketika brek dalam situasi tertentu.

Sebab MyMAP Ditubuhkan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, berkata pembuatan kenderaan menepati piawaian keselamatan antarabangsa yang sebelum ini kurang dititik beratkan dalam motosikal mencerminkan kesungguhan Malaysia. Ini kerana Malaysia sebagai negara pengeluar meletakkan keselamatan sebagai asas paling penting, seperti dipraktikkan pengeluar terbesar dunia.

Tambahan pula, kebolehan syarikat tempatan untuk menghasilkan motosikal bertaraf lima bintang ini juga mencerminkan keupayaan warga tempatan menghasilkan motosikal dan proses pembuatan yang memerlukan penguasaan teknologi lebih maju.

Maklumat Lanjut

Selaras usaha ini, MIROS mengalu-alukan pengeluar motosikal yang belum mengemukakan penyertaan dalam program MyMAP untuk menghantar permohonan melalui e-mel kepada [email protected]

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Biasiswa PIDM Undergraduate

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More